Kenapa Melayu tidak perlu takut DAP.
Kenapa Melayu tidak perlu takut DAP.
Semasa berada di Mansoorah, Mesir dengan Timbalan Presiden Pas, Tuan Haji Mohamad Sabu berforum dengan para pelajar Malaysia di sana, soalan berikut ditanya kepada kami : " apa akan jadi sekiranya Dap dan Mca menang banyak kerusi dalam pilihanraya umum nanti?".
Saya menjawab soalan tersebut seperti berikut " jika kita turuti silsilah soalan tersebut percayalah ianya berasal usul dari Umno. Itulah kempen Umno di kampung-kampung dan malangnya kini pelajar di menara gading juga terjerat dengan kempen jahat tersebut.
Hakikatnya soalan itu sendiri adalah tidak betul. Bagaimanakah Dap dan Mca boleh kedua-duanya menang banyak kerusi dalam keadaan kedua -dua parti tersebut lazimya bertanding antara satu sama lain bagi merebut kerusi yang sama. Adakah masuk akal di kawasan Parlimen Bukit Bintang misalnya yang Dap dan Mca bertanding , jika Dap menang Mca juga akan menang? "
Parti perkauman seperti Umno , kerana mahu terus berkuasa , dengan tanpa rasa tanggungjawab berusaha keras menimbulkan keraguan bahawa Dap adalah satu elemen yang bahaya kepada Melayu dan Islam. Justeru itu , menurut logik Umno, jika orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat yang ada Dap di dalamnya, maka Melayu dan Islam akan terancam. Logik Umno ini berpremiskan Dap adalah bermajoritikan orang bukan Melayu dan Islam maka kepentingan Islam bukan sahaja tidak terbela jika mengundi Dap malahan kedudukan Melayu dan Islam juga terhakis terancam.

Hujah Umno ini
sama sekali melupakan bahawa hakikatnya Umno juga berkawan dengan bukan
Melayu dan bukan Islam. Jika Mca dan Mic yang boleh dikatakan hampir
100 peratus dikuasai oleh bukan Melayu/Islam, mengapakah mengundi sama
ada Umno atau Mca atau Mic tidak dilihat mengancam Islam? Adakah
pemimpin Mca khususnya sunyi dari perbuatan menghina dan memperkecilkan
Islam? Jika tidak sunyi, mengapa hanya Dap dipersalahkan dan tidak Mca
atau Mic?
Apa peliknya jika Dap masih belum menerima Islam dan segala hukum hakamnya sepertimana Mca dan Mic yang juga berkeadaan begitu. Bukankah yang peliknya mengapakah Umno yang bermajoriti Melayu/Islam masih tidak menerima Islam sebagai sistem hidup yang syumul dan sanggup pula dalam banyak keadaan menghina Islam dan hukum hakamnya. Siapa yang hina hukum hudud , Dap atau Umno? Siapakah yang luluskan lesen judi , Dap atau Umno? Siapakah Osu Sukam yang berjudi di luar Negara dan berhutang jutaan ringgit.. adakah beliau Dap atau Umno? Dan senarainya cukup panjang untuk dikongsi di ruang terhad ini.

Benarkah
Dap mengancam kepentingan Melayu? Apakah peruntukkan di dalam
Perlembagaan yang menyentuh kepentingan Melayu yang Dap kacau dan ganggu
gugat? Adakah Dap atau Umno yang ganggu gugat kedudukan bahasa melayu
di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan apabila kedudukan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dirombak melalui PPSMI?
Siapakah yang gagal jaga tanah rezab Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan ... Dap atau Umno? Siapakah yang hancurkan Bank Bumiputra yang diilhamkan untuk menjaga kepentingan Melayu? Siapakah yang enggan tambah kerusi Parlimen dan Dun di negeri Kelantan dan Trengganu sekaligus boleh menambah kerusi orang melayu semasa persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat.. Dap atau Umno? Siapakah yang mendera ekonomi majoriti rakyat Melayu/Islam di Trengganu dan kini Kelantan apabila wang royalti pertroleum di rompak di siang hari tanpa sekelumit rasa bersalah.

Siapakah
yang menghina Raja Raja Melayu? Siapakah yang ingin menggantikan Sultan
Kelantan dengan ditabalkan Tengku Ibrahim , ahli perniagaan sebagai
Raja ? Umno atau Dap? Siapakah melarikan anak raja...pemimpin Dap atau
Umno? Siapakah yang mengheret secara tidak bermaruah institusi Raja
berperlembagaan ke kancah penghinaan dengan menjatuhkan Kerajaan dan
Menteri Besar pilihan rakyat di Perak dengan melanggar doktrin Raja
Berperlembagaan dan konvesyen Perlembagaan (constitutional convention)
secara terang-terangan?
Jika Dap tidak menghormati Islam, mengapa pula di Pulau Pinang yang diterajui oleh pemimpim Dap, YAB Lim Guan Eng, peruntukkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) lebih besar dari peruntukkan Sekolah Cina dan Sekolah Tamil . SAR di bawah negeri yang diterajui Dap memperuntukkan secara purata RM 97, 000-00 setiap sekolah sedangkan sekolah Cina dan Tamil hanya diperuntukkan secara purata RM 60, 000-00 dan RM 63, 000-00 masing -masing bagi setiap sekolah (lihat website Kerajaan Pulau Pinang) . Bukankah Umno pernah menarik bantuan per kapita SAR dan menuduh pula SAR tidak mengajar agama sebaliknya mendidik pengganas?
Satu yang ironi, Dap yang dikatakan mendatangkan ancaman kepada Islam mempunyai pemimpin seperti Lim Guan Eng yang mana Negeri yang beliau terajui mahukan ramai huffaz Al Quran dengan diberi bantuan kepada madrasah tahfiz dan memberikan penghargaan dan sijil-sijil pengiktirafan kepada para penghafal al-Quran ( lihat website Kerajaan Negeri Pulau Pinang). Yang lebih aneh lagi elaun Imam di masjid -masjid di Pulau Pinang jauh lebih tinggi darI elaun imam-imam di negeri-negeri yang Umno perintah. Mengapakah Dap yang dikatakan mengancam Islam suka elaun Imam tinggi manakala Umno yang "sayang" Islam lebih suka pula elaun Imam rendah?

Ya, Karpal Singh yang bukan
Islam tidak setuju hukum hudud kerana dia berpendapat hudud bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan. Pemimpin Umno yang Islam seperti
Mahathir pula tidak setuju hudud kerana jika dilaksanakan akan huru hara
dan ramai makan sup tangan !!! Siapa lebih teruk antara mereka berdua?
Jika Karpal yang dari Dap membawa hujah Perlembagaan bagi menentang hudud, mengapa Umno yang Islam dan pernah ada dua pertiga suara di Parlimen tidak mahu pinda Perlembagaan bagi memberi ruang Pas laksana hudud di Kelantan . Bukan sahaja tidak mahu pinda Perlembagaan , Dr .Mahathir (Ya , Mahathir bukan Karpal) bagi pula surat amaran pula kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat jika Kerajaan Kelantan laksana hudud , Kerajaan Pusat yang diterajui Umno akan ambil tindakan.
Siapa yang cabar undang-undang hudud di Mahkamah? Karpal Singh atau Zaid Ibrahim yang masih itu bersama Umno? Siapa yang hina hukum hudud dan hentam Umno apabila Adun Rengit dari Umno mahukan hudud dilaksanakan di Johor ... Lim Kit Siang atau Chua Soi Lek? Siapakah yang kata di negeri BN perintah hudud tidak akan dilaksanakan ... Najib Tun Razak atau Karpal Singh?

Siapa yang bela gadis Melayu yang dirosakkan oleh pemimpin
Melayu jika bukan Lim Guan Eng? Lim Guan Eng yang bukan Melayu dan
bukan Islam masuk penjara 18 bulan kerana bela gadis Melayu/Islam yang
dirosakkan oleh pemimpin Melayu berjenama Umno? Di mana maruah orang
Melayu? Umno, kerana dendam, aibkan pemimpin Melayu dengan tuduhan seks
namun yang bela Anwar Ibrahim adalah peguam bukan Islam dari Dap.
Apabila wanita Islam berpurdah, Halimatus Sadiah dibuang kerja oleh
regim Umno, peguam Dap juga yang membela wanita tersebut di Mahkamah? Di
mana peguam Umno yang kata sayang dan nak jaga Islam?
Kesimpulannya Umno hentam Dap bukan kerana Umno ingin menjaga Islam. Hakikatnya Umno tahu perpaduan PR adalah malapetaka bagi Umno. Oleh itu pecahkan PR adalah agenda jahat Umno. Mana mungkin Umno yang siang malam , pagi petang mempunyai masalah dengan Islam kini secara tiba-tiba ingin membela Islam . Pepatah Amerika kata " kamu boleh bohong sesetengah orang dalam sesuatu masa tapi kamu tidak boleh bohong semua orang dalam semua masa".
*Penulis adalah peguam PAS merangkap AJK PAS Pusat
P/S : Jadi nilaikanlah sendiri permainan Politik UBN yang dah sampai ke penghujung ni...PRs percaya ramai yang matang dan bijak berfikir...

No comments:
Post a Comment