Pak Pandir-Pak Kaduk dan kepimpinan Umno
Anuar Mohd Nor
Kepimpinan Umno jangan bodoh sombong. Jangan asyik
mengharap yang lain melakukan sesuatu dan berusaha untuk mencari jalan
untuk Umno menang dan kepimpinan lain di peringkat bahagian duduk
berpeluk tubuh menunggu dan melihat semuanya disusun untuk memastikan
kemenangan.
Jangan mengharap penjaga garisan dalam permainan badminton untuk asyik menjerit “out” bagi memastikan kemenangan kerana akhirnya permainan itu akan nampak pincang dan akan menjadi punca kekalahan yang lebih besar, jangan jadi seperti England — ghairah dalam kampung tetapi hampas dalam piala dunia.
Pokoknya jangan ingat bahawa semuanya akan di susun oleh kepimpinan tertinggi — oleh Perdana Menteri dan yang lain berpeluk tubuh menunggu kemenangan. Ini bukan zaman lampau bila media hanya RTM dan surat khabar hanya Utusan Malaysia. Ini bukan zaman lampau bila calon menunggu bendera parti untuk digantung dan menang. Jangan harap kemenangan itu akan datang bergolek dan jangan harap ada pukulan bola tanggung untuk di “smash” bagi memperoleh kemenangan. Bukan ini bukan zaman itu. Ini zaman teknologi dan ini zaman perang saraf — perang media dan persepsi memainkan peranan yang amat penting.

Kalau kita lihat zaman ini adalah zaman perang media yang bersifat
gerila; serang hendap berita membentuk persepsi dan akhirnya memberi
ruangan besar untuk membentuk kekuatan. Kepimpinan Umno perlu sedar
dalam urusan perang gerila seperti hari ini mereka tidak boleh bertempur
secara usang. Bangkit membuka kem secara besar-besaran sambil ada
jamuan makan dalam kem, meriah dengan gantung bendera dan mengharap,
penjaga garisan melakukan sesuatu untuk memastikan lawan tidak boleh
menang dengan setiap kali akan menjerit “out” atau meniup wisel
mengatakan itu “off side”. Jangan jadi Pak Pandir-Pak Kaduk dan atau
yang sebetulnya jangan jadi bodoh sombong.
Pernah sekali, sewaktu zaman Pak Lah orang rapat paling hampir dengan
Pak Lah bila di unjurkan mengenai perang siber dan langkah mengendurkan
serangan hendap mereka mengatakan “I don’t deal with terrorist” dan
akhirnya kita menyaksikan Pak Lah tersungkur; orang yang rapat dengannya
yang masih ada jawatan dalam Umno terpalit dengan keburukan, keangkuhan
sehingga duduk tanpa jawatan.
Kepimpinan Umno perlu keluar mencari jalan, mencari ruangan untuk sama-sama bersaing dalam berperang untuk memastikan kelangsungan Umno. Mereka jangan harap akan ada bola tanggung tersusun di depan jaring untuk mereka “smash” dengan mudah atau seperti yang dikatakan mengharap kepada pengadil perlawanan dan penjaga garisan untuk membantu. Ini bukan zaman dulu lagi bangun dan jangan bermimpi.

Mereka yang mahu memastikan kemenangan perlu lebih terbuka, perlu
lebih faham dan perlu lebih sedar ini bukan lagi zaman menunggu lori
hantar bendera, menunggu RTM untuk memainkan berita, menunggu Jabatan
Perfileman mengeluarkan video undi lah. Ini zaman gerila berita, ini
zaman rakus membentuk persepsi dan ini zaman moden yang lebih canggih
dan lebih mencabar. Kalau kepimpinan Umno hanya berharap agar Perdana
Menteri dan jentera tertentu melakukan sesuatu maka kesilapan besar Umno
adalah kerana ada Pak Pandir dan Pak Kaduk dalam jentera perang mereka
yang akhirnya kampung tergadai. — umno-reform2.com
No comments:
Post a Comment