EMPAT BEKAS PEGAWAI TINGGI TENTERA MENAMBAH DERITA UMNO
SUATU sejarah, tidak pernah berlaku menjelang PRU, bekas-bekas pegawai
tertinggi di dalam tentera turut terlibat di dalam kempen membantu parti
politik samada parti Umno/Bn mahu pun pembangkang. Kali ini mereka
semua turun dan tambah memeranjatkan, mereka turun membantu kempen
Pakatan Rakyat.
Ini menunjukkan Umno/Bn kini benar-benar terasak ke dinding. Di setiap
penjuru mereka diasak dan sehingga kini terkapai-kapai untuk melawan.
Tenaga tiada lagi pada Umno/Bn, maka mahu tidak mahu, malu tidak malu
terpaksa minta simpati jentera kerajaan dan pasukan keselamatan juga
media di bawah kawalan mereka.
Program PR dihalang sedaya upaya dan jika ada program dari PR yang
berjaya dilaksanakan itu adalah kerana kita memberanikan diri untuk
menentang ketidakadilan mereka. Paling ketara di kawasan felda di mana
sehingga ke tahap mengupah samseng untuk mengganggu dan menyekat program
ceramah kita. Apakah mereka sangka kita akan menyerah kalah? Mereka
silap besar.
Empat bekas Pegawai Tertinggi Tentera dari DARAT, LAUT dan UDARA
termasuk dari bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) kini
mula menjelajah ke seluruh negara untuk memberitahu warga tentera bahawa
mereka mesti menolak Umno/Bn di dalam PRU akan datang.
PRU ke 13 seperti menanti Hari Raya. Tidak sabar-sabar rasanya untuk
melihat Umno menyembah bumi. Bak kata Prof Dr Harun Din, Umno ibarat
buah yang sudah terlalu busuk di atas pokok, dijolok ia jatuh, tidak
dijolok pun akan jatuh ke bumi. Umno amat mengharap Dr Harun Din keluar
dari PAS, malangnya ayat yang disebut oleh Dr Harun Din itu tadi amat
mengecewakan Umno. Terpaksa lah mereka meneruskan penggantungan kepada
Hassan Jati, Zul Kulum, Nalla, Umi Haflda, dan sesekali guna mulut Us
Nasha untuk menyerang PR.
No comments:
Post a Comment