Blogger UMNO Kedah buat kelaku lagi... kali ni tibai Datuk Mat Bashah
Oleh: Det Kawag
Blogger UMNO Kedah sorang ni, iaitu Mummy Rokiah, bersuara lagi... kali
ni dia tibai Datuk Mat Bashah pulak dalam isu KUIN yang dianaktirikan
oleh kerajaan BN Pusat. Aku rasa blogger pro UMNO sorang ni buat kerja
secara bebas, tak terikat makan upah macam blogger dari team tertentu.
Jadi pandangannya adalah bebas. Selamat membaca...
KUIN- KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGHUKUM RAKYAT KEDAH
Oleh: Mummy Rokiah
MR berkesempatan hadir di Majlis Konvoksyen Khas Kolej Universiti Insaniah yang disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 29 Januari 2013 yang lepas.
Kampus
barunya tersergam indah di Kuala Ketil sebuah bandar kecil dan terpencil di
negeri Kedah. Lokasinya terletak di dalam kawasan Parlimen Baling. Kampus yang
berkeluasan 360 ekar itu mampu menempatkan seramai 7000 pelajar kelak pastinya
bakal menjadi pemangkin pertumbuhan kawasan tersebut.
MR
dimaklumkan bahawa harga rumah yang baru dibangunkan oleh anak Syarikat Kerajaan
Negeri, Darulaman Realty juga telah melambong harganya.
Di dalam
ucapan MB Ustaz Azizan Razak yang juga merupakan Pengerusi KUIN telah menyatakan
KUIN dibina tanpa bantuan kerajaan pusat. Untuk mengesahkan kenyataan beliau
supaya disimpang dari kenyataan politik, MR berkesempatan bertemu dengan Rektor
KUIN dan beliau mengesahkan kenyataan tersebut.
Kos yang
dibina sebanyak RM320 juta ternyata ‘not even a single cent from Federal
Govement’. Sumber dananya 20% dari Kerajaan Negeri dan 80% lagi dari ‘self
generated’ atas usaha dan inititif sendiri melalui sumbangan dan
pinjaman.
Apa yang
menarik kenyataan Ustaz Azizan telah dicanggah oleh Pengerusi UMNO Kedah Datuk
Ahmad Bashah dengan katanya bahawa pinjaman yang diberi oleh Bank Islam dan
Affin Islamic Bank untuk pembinaan KUIN merupakan sokongan GLC Kerajaan
Persekutuan sebagai sokongan modal. Ahmad Bashah juga menegaskan bahawa pinjaman
PTPTN kepada pelajar-pelajar KUIN juga dikira sebagai bantuan daripada kerjaan
pusat.
Hujah ini
ternyata sungguh tidak cerdik datang dari seorang pemimpin yang sedang
diwar-warkan bakal menjadi MB Kedah jika BN berjaya menawan kembali Negeri
Kedah. Pemimpin seharusnya berhati-hati di dalam mengeluarkan apa-apa juga
hujah khasnya yang melibatkan pendidikan dan pengajian tinggi kerana kenyataan
mereka sedang dianalisa para cerdik pandai dan golongan
intelektual.
Lojik
akalnya mana sebuah bank yang akan memberi pinjaman jika sesebuah projek itu
tidak berdaya maju. Khasnya kemampuan untuk membayar balik pinjaman. Tindakan
bank meluluskan pinjaman bukan di atas dasar arahan Kerajaan Pusat tetapi ia
berdasarkan pertimbangan komersial semata-mata.
Begitu
juga pinjaman PTPTN, pinjaman tersebut adalah hak pelajar yang sememangnya wajib
diberi Kerajaan kepada pelajar walaupun di mana juga mereka menuntut tanpa
mengira di mana institusi pengajian tinggi tersebut. Jika pelajar-pelajar
tersebut gagal melunaskan pinjaman mereka mereka juga akan dikejar oleh PTPTN
sehingga ke lubang cacing.
Hakikatnya
KUIN hari ini berdiri teguh tanpa bantuan Kerajaan Pusat. Waris dan pengundi di
atas pagar akan terpahat diminda mereka bahawa Kerajaan Pusat telah menghukum
rakyat kedah kerana memilih PAS.
Memetik
kembali kata-kita hikmat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa
“bidang pendidikan terlalu mahal harganya untuk dipolitikkan kerana ia merupakan
bekalan kepada kejayaan anak bangsa yang mencorakkan masa depan negara pada masa
depan. Nak jadi khalifah macam mana nak makmur kalau tidak berilmu, kalau
beriman tanpa ilmu tak mungkin boleh selesaikan. Jadi inilah konsep yang
diperjuangkan kerajaan dalam bidang pendidikan" ref Utusan Online.
Konklusinya
di dalam hal ini tidak ada siapa yang betul dan tidak ada siapa yang salah.
Hakikatnya hari ini demi kesejahteraan rakyat Melayu dan umat Islam semua pihak
harus bersatu kerana semua pihak saling perlu memerlukan. Jika tidak padahnya
lambat laun kita akan dihancurkan oleh Yahudi dan Nasrani.
No comments:
Post a Comment