Kerusi sambut Najib di Ipoh .. hehe [jangan gelak kuat2 nanti depa marah]
Bangku kosong sambut PM di UTC Ipoh!
3 hari peniaga barangan am dan barangan basah UTC Ipoh dinasihatkan
bercuti atau erti kata lain diperintah bercuti selama 3 hari semata-mata
menyambut Perdana Menteri rupanya hanya "majlis kerusi kosong menyambut
Perdana Menteri".
Blogger dan media pro-BN bergegar mewar-war 35 000 rakyat akan menyambut
insan yang selama ini murah dengan wang BRIM 1 dan II sebaliknya tidak
mencapai sasaran.
Bayangkan peniaga rugi berniaga 3 hari sedangkan mereka selama ini susah mengambil cuti untuk mencari nafkah sebagai peniaga.
Ironinya propaganda BN mengatakan himpunan BERSIH dan sebagainya yang
merugikan peniaga sedagkan peniaga Masjid India dan Masjid Jamek sahaja
yang tahu tuah akibat himpunan rakyat...barangan mereka licin dibeli
oleh rakyat yang berhimpun di KL sebelum ini.
BN tidak pandai mengurus kehendak marhain. Lihatlah kegagalan TEMAN
(Terminal Bisnes Pertanian) di Gopeng yang kini dibeli Mydin dan menjadi
pusat RTC yang tidak memfokuskan asas tani. malah slogan awal
memartabatkan petani dan menggalakkan pertanian hanya pembohongan BN dan
agensi-agensi kerajaan yang diasuh mereka.
Muhammad Nuruddin Bashah
Media Sungai Rapat
sumber _ landskapsiasah
No comments:
Post a Comment