BUANG NAJIS MERATA-RATA, MINTA PAS TOLONG CUCI, INI TABIAT UMNO
ISU kalimah Allah makan tuan. Biarpun media haprak pencacai Umno cuba
untuk mainkan isu ini termasuk beberapa ekor 'kontraktor cari makan'
seperti Hassan Jati dan Us Nasha juga Zul Kulum menangguk di air
longkang di dalam isu ini.
Jawapannya sudah diketahui oleh rakyat tentang persoalan siapakah yang
sebenarnya bertangungjawab di dalam isu ini. Seperti yang dinyatakan
oleh Presiden PAS, Umno tidak boleh lari untuk menjawab isu yang mereka
mainkan sekarang. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu
mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible sepatutnya diperjelaskan
oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya oleh parti
tersebut.Katanya, KDN merupakan pihak yang bertanggungjawab memberikan
lesen mencetak kitab itu. "Sepatutnya soalan ini dikemukakan kepada
Kementerian Dalam Negeri, kerana hak membenarkan kalimah Allah dalam
Bible ini hak Kementerian Dalam Negeri. "Yang menentukan untuk dicetak
dan seumpamanya bukannya kami, kami (belum) memerintah lagi (di
peringkat persekutuan)," kata Hadi pada sidang media di Shah Alam
kelmarin.
Sekarang Umno mahu jawab apa lagi? Presiden PAS sudah jelaskan bahawa
PAS tetap berpegang kepada keputusan Majlis Syura parti tersebut. DS
Anwar Ibrahim juga bersetuju dengan Presiden PAS di dalam isu ini
walaupun di pihak DAP mungkin agak kabur. Tetapi itu tidak
menghairankan kerana sebagai Non Muslim, mana mungkin mudah untuk
memahamkan orang seperti Karpal Singh. Lagi pelik pemimpin Umno yang
mengaku Islam itu, usahkan mahu faham bahkan pemimpin mereka benarkan
dan keluarkan lesen atau permit percetakan kitab Bibble di dalam Bahasa
Melayu tersebut.
Isu ini hendaklah kita perjelaskan di dalam setiap ceramah penerangan
kita kepada rakyat di seluruh pelusuk kampong, terutamanya kepada
umat-umat Islam agar mereka mengerti bahawa Umno adalah parti yang masih
berkuasa dan terus membenarkan benda yang pelik ini berlaku. Mereka
buang najis merata-rata, mereka lari dan minta orang lain tolong
cucikan.
No comments:
Post a Comment