Dato' Ahmad Kuah kena cari 'jawapan' lain... hujah tu nampak tak boleh pakai
BN masih mengelak dari menjawab isu 'RM403 Juta'
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
(Nota Utara, Harakah)
(Nota Utara, Harakah)
Sakit
juga BN Kedah dengan penangan 'Bongkar 403 Juta' - sebuah NGO yang
dipimpin oleh Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar. 403 ialah angka
kerugian yang dialami oleh rakyat negeri Kedah (RM403 juta) akibat
kesalahan dan kesilapan kerajaan BN dahulu yang akibatnya terpaksa
ditanggung oleh kerajaan kini.
Bongkar
403 Juta (B403J) menganjurkan pelbagai program yang mengajak rakyat
memahami isu tersebut seterusnya menolak BN dalam PRU13 nanti. Ia
bermula dengan sidang media, cabaran debat, memorandum, himpunan,
konvoi, pengedaran risalah serta road show penerangan di setiap kawasan.
Cabaran
utama yang dilontarkan oleh B403J ialah mendesak BN Kedah menjawab isu
tersebut satu persatu. Sehingga kini tiada pemimpin BN yang berani
berbuat demikian. Hujah yang diberi untuk menangkisnya terlalu 'longgar'
malah tidak menjawab soalan.
Para
pemimpin BN menjawab, jika benar pemimpin BN dahulu melakukan
penyelewengan RM403 juta, mengapa polis atau SPRM tidak membawa kes
mereka ke mahkamah? Keduanya, isu tersebut sudah basi kerana sudah lama
berlalu. Ketiga, mereka persoalkan, mengapa baru sekarang mahu
membangkitkannya?
Pihak
B403J dalam sidang media dan ceramahnya sudah menjelaskan bahawa angka
RM403 juta itu bukan keseluruhannya adalah angka penyelewengan. Ia
bercampur; ada penyelewengan, kehilangan, perjanjian berat sebelah yang
merugikan kerajaan negeri, membuat pilihan yang tidak cerdik dan
kelalaian kerajaan lalu.
Misalnya dalam isu Yayasan Islam Kedah disaman RM11 juta oleh
Senisinga Sdn Bhd yang mengambilalih pinjaman tidak berbayar (NPL)
Southern Finance Berhad. Mereka menang di mahkamah dan pihak kerajaan
negeri kini terpaksa membayarnya, walhal kesalahan dilakukan oleh
kerajaan lalu. Sewaktu B403J mengadakan himpunan di bandaraya Alor
Setar, Yayasan Islam kalah lagi dengan tuntutan yang dibuat melalui
mahkamah. Yayasan Islam terpaksa membayar RM18 juta dalam bentuk
hartanah. Sepatutnya angka RM403 bertukar menjadi RM421 tetapi nama NGO
sudah diisytiharkan.
Begitu juga 'kehilangan' RM6.15 juta hilang dari akaun bersama Kedah
Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) anak syarikat kerajaan negeri
dan Kedah Aquaculture Sdn Bhd (KASB) anak syarikat kerajaan Pusat.
Mahkamah Tinggi Alor Setar mengarahkan KAIMB membayar KASB sebanyak
RM2.16 juta pada 5 Jun 2012 setelah agihan tidak dibuat. Nak cakap
mahkamah tak putuskan mereka bersalah apa lagi sebab mahkamah dah
jatuhkan hukuman pun.
Kes sebuah syarikat pemaju menyaman pihak kerajaan negeri, iaitu Permodalan
Kedah Berhad (PKB) sebanyak RM22 juta juga melalui proses mahkamah. PKB
mengadakan perjanjian dengan sebuah syarikat untuk melakukan usahasama
membangunkan Jerai International Park di atas tanah seluas 1,145 ekar
dengan nisbah 40 peratus PKB dan 60 peratus syarikat tersebut.
Bagaimanapun apabila projek raksasa itu dibatalkan kerajaan negeri tidak
berunding atau membuat penyelesaian dengan pihak berkenaan. Kerajaan
negeri sedang menunggu perbicaraan dan mereka dijangka menuntut
gantirugi RM60 juta, dan sebanyak RM22 juta daripadanya adalah
melibatkan cadangan tanah untuk projek perumahan.
Hanya
satu isu yang cuba dijelaskan oleh bekas Exco BN, Dato' Ir Nawawi
Ahmad. Iaitu terma perjanjian yang merugikan kerajaan negeri kerana
kerajaan melalui Jabatan Bekalan Air Kedah (JBAK, sekarang SADA)
mengenakan caj kepada pengguna hanya sebanyak RM0.40 untuk satu meter
padu air (sekarang RM0.50) tetapi terpaksa bayar kepada Taliworks RM1.91
untuk satu meter padu air. Kerajaan terpaksa tanggung setahun RM25
juta, kira-kira RM128 juta untuk lima tahun.
Dato' Nawawi berkata, perjanjian
Taliworks tidak berat sebelah kerana termasuk kos pembinaan
infrastruktur. Katanya, waktu itu Langkawi tidak cukup air kerana hotel
semua dah naik. Menteri Besar, Tan Sri Osman Aroff tawarkan kepada
sesiapa yang mampu membiayai infrastuktur di peringkat awal dan kerajaan
negeri akan bayar secara ansuran kos awal yang dilaburkan itu.
Pembayaran balik (berserta keuntungan) itulah yang diterjemahkan dalam
perjanjian yang dianggap berat sebelah itu.
Persoalannya
apakah kos terbesar dan berapakah jumlahnya untuk penyediaan
infrastruktur tersebut? Biarlah dijelaskan di sini, ianya berupa saluran
paip dasar laut dari tanah besar ke Pulau Langkawi sejauh 46.4 km. Juga
sebuah logi dan dua buah kolam bekalan air. Semuanya berjumlah RM150
juta tetapi dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan; merupakan
hutang yang ditanggung oleh kerajaan negeri terhadap Persekutuan! Habis,
kos apa yang ditanggung oleh Taliworks yang kononnya terlalu besar
sangat sehingga terpaksa dibuat perjanjian berat sebelah, berlangsung
kira-kira 25 tahun?
Bagaimanapun dalam isu Taliworks terdapat juga perjanjian walaupun berat sebelah. Dalam kes Projek
Feedlot di Pendang langsung tiada perjanjian dengan tuan tanah sehingga
menyebabkan Kedah Agro rugi RM3.5 juta. Mereka yang berada di pihak
kerajaan negeri waktu itu tidak cerdik atau sengaja khianat?
Manakala
isu penyelewengan pula, jelas berlaku dalam kes pembinaan Kompleks
Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan harga RM46 juta.
Projek belum bermula tapi pendahuluan sebanyak RM10 juta diberi oleh
kerajaan pada awal tahun 2007 kepada Permodalan Kedah Berhad (PKB)
selaku kontraktor pemaju. Anak syarikat PKB, Pembinaan Sintok subkan
kerja kepada Najwa Bina yang tiada dalam daftar PKK. Duit dikeluarkan
sebanyak RM10 juta tetapi kerja tidak berjalan. Kerja terbengkalai,
menyebabkan kontraktor terpaksa ditukar.
Lagi
penyelewengan yang berlaku secara terang-terangan ialah pengambilan
balak di laluan projek Trans Eastern Kedah Interland Highway (TEKIH)
dari Durian Burung ke Baling. Jelas pembinaan lalauan itu menempuh
kawasan hutan berbalak. Nilainya berjuta juga. Semua kawasan itu
dilaporkan diserahkan oleh Menteri Besar kepada Kedah Corporation Berhad
(KCB). Mustahil KCB tidak menerima sebarang hasil dari pada kawasan
balak itu, kerana tiada rekod langsung terhadap hasil balak di kawasan
itu apabila Pakatan mengambil alih kerajaan.
Mengapa
para pemimpin BN Kedah cuba bermain sandiwara atau buat-buat 'tidak
mendengar', mengelak dari menjawab isu RM403 juta ini?
No comments:
Post a Comment