Rakyat tidak berselera lagi dengan UMNO
oleh: Aspan Alias
Kalau kita menganggap isu Deepak
dan Perdana Menteri serta isterinya ini secara ringan, ia merupakan satu isu
yang sangat seronok di jadikan kajian semua kerana Deepak sudah jadikan isu ini
sebagi satu isu politik besar untuk negara. Deepak bukannya seorang ahli
politik tetapi apa yang dilakukan keatas beliau oleh Rosmah dan suaminya Najib
itu secara terus menjadikan Deepak menjadi orang penting dalam politik negara
sekarang ini.
Secara terus terang Deepak
mahukan Najib bersara dan di gantikan dengan Muhyiddin Yassin untuk membina
imej baru bagi BN sebelum pilihanraya kita tiba. Tetapi oleh kerana Deepak
menjadi isu politik sekarang ini maka Deepak seolah-olah menjadi orang penting
dalam politik atasan yang melibatkan Najib dan Muhyiddin. Isu Deepak dan Rosmah
Mansor serta Najib ini di andaikan dilakukan oleh pihak pembangkang tetapi lama
kelamaan ia menunjukkan kecenderungan yang isu ini datang dan di perbesarkan
oleh UMNO sendiri dan yang menjadi ‘suspect’ nya ialah Muhyiddin Yassin
sendiri.
Deepak mula merasakan jemu dan
marah terhadap Najib dan isteri apabila beliau merasakan tertipu dengan segala
urusan perniagaan beliau sehinggakan beliau mendapatkan kerugian besar. Isu ini
telah di ketahui umum dan ruang terlalu sempit untuk di muatkan dalam posting
ini. Orang ramai memahami keadaan yang menimpa Deepak apabila beliau di perguna
oleh Najib dan isterinya ketahap optima untuk menutup kejahatan yang dilakukan
oleh Najib dan isteri.
Deepak telah menulis surat terbuka kepada Dr
Mahathir yang beliau anggap mempunyai sama keturunan itu kerana saranan Dr
Mahathir agar Najib hanya membiarkan dan tidak melayan tuduhan Deepak yang
bermacam-macam terhadap Najib. Deepak bertanyakan jika Dr Mahathir berada di
dalam situasi beliau apa yang Dr Mahathir akan lakukan dan lain-lain lagi.
Deepak merasa tersentuh dengan komen Dr Mahathir itu kerana sememangnya
Mahathir merupakan seorang yang terlalu biasa mengambil kesempatan dui atas
keadaan seperti sekarang ini.
Tidak ada siapa yang menyalahkan
Deepak dalam isu ini kerana imej Najib itu sememangnya tidak mengejutkan jika
perkara seperti yang di alami oleh Deepak itu dilakukan oleh Najib terhadap
sesiapa termasuk Deepak.
Tetapi apa yang tidak betulnya
Deepak memberikan ulasan politik dan beliau terjun dalam politik yang beliau
tidak memahami latar belakangnya sekarang ini. Bagaimana Deepak boleh
memberikan pandangan yang Najib mesti berhenti dan digantikan dengan Muhyiddin?
Apakah Deepak seudah terlalu yakin yang Muhyiddin boleh memperbaiki imej parti
sedangkan tiada siapa yang ada di dalam barisan majlis tertinggi parti UMNO itu
layak untuk mengambil alih kepuimpinan Najib.
Bagi pandangan saya dan ramai
yang lain jika Muhyiddin menjadi pengganti kepada Najib elok di cadangkan
supaya kekalkan Najib sahaja kerana Muhyiddin tidak mampu untuk membawa
perbezaan dengan tadbiran dan politik Najib. Jauh sekali jika Najib digantikan
dengan tiga orang Naib Presiden parti itu kerana mereka tidak mempunyai sisek
untuk menjadi pemimpin utama negara.
Pendeknya Muhyiddin serta kesemua
Naib-Naib Presiden UMNO tidak mempunyai kelayakkan untuk mengambil alih
kepimpinan Najib walau seburuk mana pun trahap kepimpinan Najib. Ini di
sebabkan kerana semua mereka yang duduk di dalam Majlis Tertinggi itu merupakan
mereka yang datang dari acuan yang sama sahaja. Jika Muhyiddin mengambil alih
mungkin yang beruntung hanyalah Dr Mahathir kerana itu kerhendak beliau
sebenarnya. Mahathir tidak ada perasaan sayang kepada partinya dan apa yang
beliau mahu hanyalah kemuntungan untuk diri beliau dan kroni beliau
semata-mata. Beliau hanya mahu dilihat sebagi orang penting dalam
segala-galanya.
Saya bukan mengatakan yang Najib
itu layak dan berkepimpinan Malahan itu
lah sebabnya rakyat menolak UMNO dan BN sekarang ini. Yang saya katakan ialah
tiada siapa yang ada di dalam Majlis Tertinggi UMNO sekarang ini termasuk Najib
akan mampu mempertahankan arus perubahan yang sedang berlaku dikalangan rakyat
dan Pakatan Rakyat akan menjadi pilihan rakyat dalam pilihanraya ini.
Pandangan ini tentu tidak akan
diterima oleh penyokong membuta tuli UMNO atau pun Najib tetapi hakikatnya UMNO
akan tumpas dengan kepimpinan yang ada sekarang ini. Blog ini telah berulang
kali manyatakan yang rakyat tidak menghormati barisan kepimpinan UMNO itu lagi
dan parti itu akan menjadi parti tunggal yang akan memenangi sedikit kerusi
dalam BN di Semenanjung ini. Ia akan menjadikan BN itu UMNO, UMNO itu BN. Itu
shaja. Parti-parti komponen yang lain boleh di anggap tiada lagi selepas
pilihanraya nanti.
Saya memberikan reaksi ini kerana
saya hanya mempunyai satu keyakinan. UMNO sudah begitu terlewat untuk memperbaiki
diri kerana parti itu dikuasai oleh mereka yang tamak haloba yang sanggup melihat
parti itu jatuh bergelimpangan dalam pilihanraya kali ini.
Pihak pembangkang dan
penyokong-penyokongnya wajar berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana beliau
(Mahathir) telah lama melakukan kerja yang akhirnya memusnahkan parti yang di
tubuhkan oleh beliau sendiri itu. Sehingga ke saat ini Mahathir masih lagi
melakukan kerja yang membinasakan parti itu sehinggakan UMNO sudah tidak di
kenali lagi oleh rakyat termasuk ahli-ahlinya sendiri.
Rakyat lebih mengenali Pakatan Rakyat
Rakyat lebih mengenali Pakatan Rakyat
No comments:
Post a Comment