
Najib Razak mencipta rekod kerana menjadi Perdana Menteri paling lama tanpa mandat yang diperolehinya sendiri, lebih lama daripada empat PM sebelumnya, sebelum mereka mendapatkan mandat sendiri selepas mengambil alih tampuk pemerintahan.
Najib kekal di singgahsana kuasa disebabkan kemenangan Abdullah Ahmad Badawi -- walaupun tipis dalam PRU2008 -- dan kesediaan tokoh yang pernah dikenali sebagai "Mr Clean" itu untuk mengundur diri selepas diasak teruk oleh rakan-rakannya sendiri dalam Umno.

Di zaman pak menteri sebelum Najib Razak, kebiasaannya parlimen akan dibubar tidak sampai lima tahun dan sudah semestinya rakyat tidak tertunggu-tunggu bagi memangkah calon pilihan. Namun begitu, sejak kebelakangan ini isu tarikh pilihan raya dan pembubaran parlimen seolah menjadi isu dan sentimen bagi rakyat terutamanya yang “berniat” untuk ubah kerajaan serta menyingkirkan United Malays National Organization.
No comments:
Post a Comment