GELOMBANG BIRU DI PULAU PINANG - TAKUTNYA
Akhirnya sampai juga gelombang biru ke Pulau Pinang. Nampaknya gelombang biru ini dibawa
oleh wira Melayu, bukan wira Palestine.
Dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri berkata, sudah sampai masanya dalam Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU-13), rakyat Pulau Pinang melakukan perubahan dengan memilih semula Barisan
Nasional (BN) menerajui negeri itu.
Menurut beliau, ini kerana BN telah banyak berubah dan melakukan pelbagai transformasi
disebabkan setiap parti komponen yang ada kini jauh lebih kukuh dan mendapat sokongan rakyat.
"Kerajaan yang ada kini adalah terbaik di dunia yang melakukan pelbagai kebajikan untuk rakyat
dan tiada sebuah negara pun di dunia seumpama Malaysia. (UTUSAN MALAYSIA)
BN telah melaksanakan berbagai transformasi. Tiada sebuah negara di dunia seumpana,
malaysia bukti ya orang Melayu Pulau Pinang telah menjadi kaya raya. Hahaha...
Contoh dan komen seterusnya boleh dilihat di sini.
Bukan hanya rakyat yang nampak kekayaan orang Melayu Pulau Pinang ni, perompak pun perasan
jugak! Jangan kata Yong fitnah ye. Ini Yong cut and paste saja beritanya dari Sinar Harian.
Bukan orang biasa boleh memiliki jongkong emas, weh!
Agak-agak hangpa apa business ketua pemuda UMNO Permatang Pauh ni, sampai kaya tangtu.
Hangpa nak balik kerajaan lama yang buat orang Melayu UMNO kaya, sedangkan rakyat miskin, hangpa pilihlah gelombang biru ni.
Tapi, kalau
hangpa mahu keadilan, kebajikan dan perpaduan - takdak lagi orang kena
tangkap tanpa bicara, tuduh orang dengan tuduhan mengarut macam liwat,
fitnah yang berleluasa, hangpa jangan berpaling lagi.
BE AFRAID! BE VERY AFRAID!
JOM UBAH
TOLAK UMNO. TOLAK BN
No comments:
Post a Comment