Pemimpin UMNO jangan terlalu Taksub dengan jawatan
Kedah Times selalu memaparkan betapa tidak sensitifnya pemimpin-pemimpin
UMNO di Kedah. Mereka lebih mentingkan politik mereka daripada memahami
gerak hati rakyat.
Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa UMNO tertonggeng, terpelangkong dan tersungkur di Kedah pada PRU12 yang lalu. Ego, UMNO Kuat, aku calon terbaik, letak tongkol kayupun UMNO akan menang, Ahli UMNO ramai, dan pelbagai lagi lamunan ketua-ketua UMNO yang membuatkan UMNO tersungkur dalam lumpur dalam PRU12. Masih tak sedar diri lagi ka?
Mereka tidak sedar yang ahli UMNO pun jika dah terlalu meluat, tidak akan undi mereka. Rakyat bukan saja melihat kepada ketua-ketua UMNO untuk dijadikan ketua mereka, tetapi mereka melihat kepada seorang yang berkebolehan, bijaksana dan pengalaman dalam pentadbiran dan pengurusan dalam memajukan rakyat dan negeri sebagai tonggak utama untuk dipilih sebagai ketua.
Bukan disebabkan jawatan yang dipegang dalam UMNO. Apakah menjadi ketua bahagian sudah menjadi tiket untuk layak menjadi calon DUN atau Parlimen?
Kedah Times merayu kepada pemimpin-pemimpin UMNO negeri Kedah, buka mata, sedar diri, buanglah ego ke dalam laut. Kini bukan lagi era kita melihat kepada jawatan dalam parti untuk menentukan kelayakan menjadi pemimpin utama. Tetapi komitmen, kebolehan memimpin, kebijaksanaan dan disukai rakyat akan menentukan pemimpin rakyat.
Rakyat akan baiah kepada pemimpin yang mereka rasakan boleh membawa mereka ke era yang lebih baik.
Jadi buanglah kata-kata yang berlapik-lapik seolah-olah nak menyelamatk karier politik sendiri. Sedarlah rakyat yang menentukan siapa yang mereka nak pilih.

MUKHRIZ & POLITIK KEDAH
Siapa bakal Menteri Besar Kedah yang baru sekiranya BN merampas semula Kedah dari Pakatan Rakyat?
Calon yang paling banyak diperkatakan akan menyandang jawatan tersebut ialah Mukhriz, anak Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kalau mengikut tradisi, Ketua Perhubungan Negeri Ahmad Bashah Hanipah sepatutnya dinobatkan sebagai Menteri Besar.
Ada yang mengatakan Tun Dr Mahathir mahu anak beliau dipilih sebagai
Menteri Besar Kedah. Apakah Mukhriz dapat diterima oleh
pemimpin-pemimpin Umno Kedah?
Sebuah portal berita hari ini menyiarkan beberapa pandangan dari pemimpin Kedah mengenai ura-ura Mukhriz sebagai Menteri Besar.
Ahmad Zaini Japar, Timbalan Ketua Bahagian Umno Kubang Pasu: "Dengan
jawatan di peringkat pusat tidak bermaksud beliau mampu mentadbir di
peringat negeri. Pentadbiran di pusat tak sama dengan negeri. Caranya
berlainan dan status Mukhriz sebagai anak Perdana Menteri bukan jaminan
(untuk jadi MB)."
Ku Rahman Ku Ismail, Adun Guar Chempedak: "Khabar angin ini nampak
pelik. Mengikut tradisi, Ketua Perhubungan sepatutnya menjadi calon MB
kecualilah sekiranya Perdana Menteri ingin melakukan kejutan."
Nawawi Ahmad, Ketua Bahagian Langkawi: "Kedua-duanya layak dipilih.
Tetapi yang penting sekarang ialah kesetiaan kepada pucuk pimpinan yang
ada (Bashah)."
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/kedah-umno-reps-cagey-about-mukhriz-as-state-mb-hopeful/
Jelas sekali tiada laluan mudah untuk Mukhriz di Kedah dan Mukhriz juga perlu sedar tiada yang mudah dalam politik.
Ramai di dalam Umno menolak sistem dinasti di mana bapa jadi Perdana Menteri, anak juga harus dipilih ke jawatan tinggi.
No comments:
Post a Comment