Monday, June 8, 2015

Wan Aisyah Tolak Bincang Dengan Dewan Muslimat PAS



Wan Aishah Wan Arifin, penyanyi bersuara lunak dan Juara Lagu 1990 telah menolak untuk bertemu dengan kepimpinan Dewan Muslimat PAS yang baru.

Di dalam satu status di facebooknya Wan Aisyah, menyatakan dalam keadaan beliau yang kini sedang sakit, beliau menerima mesej yang meminta beliau untuk bertemu kepimpinan muslimat PAS yang baru bagi membincangkan mengenai Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Reakreasi (LKKR).

Namun Wan Aisyah dengan sinis menyatakan

"Hai la ustazah nak cari gak jebon2 parasit PAS buat apa...ustazah carilah ustazah yg boleh buat kerja tu...hehe jgn cemari 'kebersihan' pimpinan baru ni...say NO to perlantikan"

Jawapannya itu merupakan satu tamparan hebat kepada kepimpinan muslimat PAS yang rata-rata diboloti oleh para ustazah dan mengenepikan golongan profesyenal, sama seperti di dewan pemuda dan AJK PAS Pusat.

Wan Aisyah yang telah menyertai PAS di pertengahan tahun 2012 sebelum ini telah melahirkan rasa terkejut dengan perkembangan yang berlaku di dalam mutakhir ini.

Beliau menyatakan pada awalnya beliau amat tertarik dengan keterbukaan PAS semasa itu dan menjangkakan bahawa jika PAS ingin memerintah Malaysia, tindakan PAS pada waktu itu adalah satu langkah yang mesti dilakukan.

Tetapi kini keadaan sedemikian sudah berubah. Slogan "PAS FOR ALL" sudah semacam menjadi satu bahan jenaka, katanya.

Sambil mengaku beliau sebagai "orang baru di dalam PAS, beliau terkejut dengan penggunaan bahasa kesat beberapa orang ulama dan pemimpin tertinggi PAS. Luahan beliau itu merujuk kepada ungkapan-ungkapan seperti "Barua", "Tolol" dan lain-lain istilah yang digunakan oleh sesetengan pemimpin PAS terhadap ahli-ahlinya yang tidak sehaluan dengan mereka.

Di dalam status terbarunya pula, Wan Aisyah menyatakan:

PAS yg dulu bukannya yg sekarang,
Dulu PAS for All sekarang PAS for ustaz
Dulu dulu dulu dakwah kasih sayang sekarang dakwah siku lutut
Cita2ku menjadi hamba mulia
Dibimbing oleh orang yg kuat agama
Tapi tapi tapi apa dah jadi
Jemaah dicaci begini
Citaku ingin jadi pejuang Islam
Sekarang ini Islam apa punya brand
Dari diri muflis di akhirat nanti
Baik duduk buat kerja sendiri

No comments:

Post a Comment