Dilaporkan bahawa Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur, Salman Saleh membantah pengumuman DAP bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan dikekalkan sebagai sebagai Ketua Pembangkang Perak.
Alasan yang diberikan oleh Salman ialah:
1) Mohammad Nizar bukan lagi memegang jawatan utama di dalam PAS setelah gagal mengekalkan jawatannya dalam Jawatankuasa PAS Pusat malah disingkirkan dari jawatan Ketua Kawasan PAS Kampar.
2) Salman beralasan lagi,"DAP perlu menghormati pendirian PAS dalam perkara ini dan dengan mengekalkan Mohammad Nizar bukan jalan terbaik mengukuhkan keadaan hubungan antara PAS dan DAP."
Pertamanya apa yang perlu diperhatikan ialah DAP mempunyai 18 kerusi DUN Perak manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS masing-masing lima kerusi.Maka hak untuk menjadi Ketua Pembangkang ialah DAP kerana kedudukan kerusinya.
Namun DAP melantik Mohammad Nizar untuk terus kekal sebagai Ketua Pembangkang Perak kerana beliau adalah Adun yang dilantik untuk mewakili Changkat Jering.
Salman bertanya, kenapa tidak Adun PAS yang lain diambil kira? Apakah Salman lupa kecemerlangan Nizar yang pernah menjadi Menteri Besar Perak selama 10 bulan ketika Pakatan Rakyat (PR) menang dan mentadbir negeri itu pada 2008?
Dan apakah Salman lebih suka kalau DAP melantik ADUN dari PKR?
Tetapi atas sebab kelebihan yang ada pada Nizar itulah, maka DAP melantiknya untuk kekal sebagai Ketua Pembangkang.
Apakah hanya kerana Nizar sudah bukan lagi YDP Kampar maka dia tidak layak untuk jadi Ketua Pembangkang di DUN Perak? Mungkinkah guru agama yang menggantikan Nizar itu patut dicadangkan?
Seperkara lagi yang perlu Salman ingat ialah kerjasama antara kedua-dua parti, DAP dah PAS sudah berakhir.PR sudah tidak lagi wujud di Perak.
Salman dan PAS Perak patut berasa bangga kerana DAP telah memilih Nizar, seorang ADUN PAS untuk jawatan tersebut. DAP lebih mengenali yang mana permata dan yang mana kaca.

No comments:
Post a Comment