DS @GPalanivel Semakin Terdesak, DS Samy Vellu Hadir Himpunan Khas MIC Beri Sokongan Kepada Timbalannya
Keadaan parti MIC semakin bergolak. Kepimpinan DS S Palanivel semakin
tidak mendapat sokongan. Hari ini, Mantan Presiden MIC, DS S Samy Vellu
hadir ke Perhimpunan Khas MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra. Beliau
kelihatan memberi sokongan kuat kepada Timbalan Presiden MIC, DS S
Subramaniam dan Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan.
Perhimpunan
Khas di tempat yang sama turut diadakan oleh Presiden MIC, DS G
Palanivel, semalam. Pagi tadi, Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak dalam
laman sosial Twitternya telah melahirkan kekecewaannya apabila DS G
Palanivel gagal untuk mematuhi keputusan mahkamah dan Pendaftar
Pertubuhan untuk mengadakan semula pemilihan semula parti MIC,
sebaliknya sering menyalahkan pihak lain.
UMNO perlu ada keberanian untuk bertindak
seperti MIC, Presiden yang tak bertanggungjawab, menjadi liabiliti
kepada parti perlu disingkirkan.
Ayuhlah pimpinan UMNO (kecuali Najib dan kuncu-kuncu), kita tidak boleh dibiarkan kepentingan parti dimusnahkan hanya kerana nafsu serakah Presiden Parti yang perasan dia pahlawan bugis sedangkan negara, rakyat dan parti sedang menuju kehancuran akibat dasar yang merosakkan yang diamalkan oleh 'pahlawan bugis' yang belum turun berperang sudah jatuh tersungkur (lari dalam program Nothing To Hide).
Isu 1MDB bukan suatu isu yang kecil, ia isu yang sangat besar melibatkan kepentingan negara, kepentingan rakyat. Sampai bila kita nak biarkan Najib dan kuncu-kuncunya melingkupkan ekonomi negara ini, mempergunakan dana negara secara semberono hingga mencetuskan kemusnahan kepada ekonomi negara?
Kita akui di era Tun Dr. Mahathir dana negara ada digunakan untuk selamatkan milik kerajaan, tetapi ia dilakukan secara berhemah hinggakan syarikat itu pulih dan memberikan pulang yang besar kepada negara dari segi hasil cukai. Tetapi dalam isu 1MDB ini, dana negara digunakan secara sesuka hati dengan alasan 'pelaburan' sedangkan dana tersebut digunakan untuk bayar hutang 1MDB dan tidak memberikan pulangan balik kepada dana negara itu. Macam TNB dipaksa beli stesen janakuasa Jimah, sedangkan stesen janakuasa berkenaan dalam proses pembinaan, malahan kelewatan pembinaan dijangkan akan melibatkan tempoh sekurang-kurangnya setahun, dan kerugian akibat kelewatan ini dianggarkan hampir RM 1 bilion, jadi apa gunanya TNB beli stesen janakuasa yang bermasalah, bukan sahaja tak dapat disiapkan, malahan kontrak bekalan elektrik kepada TNB dari stesen janakuasa itu juga akan kelewatan selama setahun, entah berapa banyak kerugian yang akan ditanggung oleh TNB jika membeli stesen janakuasa bermasalah itu, kerana jika tidak melibatkan TNB, maka kelewatan dan pelanggaran kontrak, maka 1MDB perlu bayar gantirugi kepada TNB, jika TNB beli ekuiti dalam stesen janakuasa itu, kerugian itu turut ditanggung oleh TNB sendiri, seperti sudah jatuh ditimpa tangga.
Itu baru isu TNB, malahan isu FGV, penggunakan dana FGV secara semberono, membeli saham syarikat perladangan di Indonesia dengan harga dua kaliganda dari harga pasaran, apa kejadahnya ini? Kononnnya pelaburan strategik, kalau beli ikut harga pasaran, kita boleh terima, tapi pasal apa beli harga melebihi harga pasaran, dua kali ganda dari harga pasaran, mengapa? Malahan kesian kepada para peneroka yang membeli saham FGV sebelum ini, dari RM 3 lebih yang mereka beli masa pelancaran FGV di Bursa Malaysia, sekarang dah merudum separuh dari harga yang mereka bayar untuk dapatkan saham FGV itu.
Kemudian isu tanah di TRX yang dijual oleh 1MDB kepada Tabung Haji dengan harga RM 188.5 juta sedangkan 1MDB beli tanah itu dari kerajaan dengan harga RM 4 juta sahaja, berdasarkan kenyataan oleh Tabung Haji melalui pengerusinya, tanah itu sudah ada pembeli yang akan membeli dengan Tabung Haji akan dapat keuntungan 5 juta ringgit dari penjualan tanah itu, tapi sampai sekarang tanah itu tak terjual, kononnya aset strategik pula.
Kalau betul Tabung Haji beranggapan bahawa apa yang mereka beli itu aset yang strategik, apakah pembangunan yang akan dibuat oleh Tabung Haji dan apakah itu memberikan pulangan kepada pendeposit Tabung Haji?
Pembelian tanah dan pembangunan di TRX oleh Kumpulan Wang Persaraan Malaysia, kita mahu tahulah apakah pembangunan bangunan 40 tingkat yang dilaburkan oleh KWAP itu menjaga kepentingan bumiputera di TRX serta memberikan pulangan kepada KWAP sendiri. Bukan kecil-kecil kos, RM 1.2 bilion, dan perlu ingat dana ini adalah dana milik para pesara dan penjawat awam yang mencarum untuk pencen.
Sedarlah ahli-ahli UMNO sekalian, kita perlu ada kebenarian seperti MIC untuk selamatkan UMNO.
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2015/06/ds-gpalanivel-semakin-terdesak-ds-samy.html#WqzOHhdYdPhGgdZ1.99

No comments:
Post a Comment