Monday, June 22, 2015

Pelik Dan Mengejutkan - Menantu Kesayangan Hadi Tidak Dilantik Sebarang Jawatan


Menantu presiden PAS, Zaharudin Mohamad tidak dilantik semula sebagai ahli Majlis Syura ulama selepas sesinya tamat, baru-baru ini.

Zaharudin yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat itu tidak termasuk dalam senarai ahli yang dilantik AJK PAS Pusat, Dewan Ulama, Pemuda atau Wanita.

Dalam mesyuarat pertama Majlis Syura semalam, mereka mengekalkan Datuk Dr Haron Din sebagai mursyidul am manakala Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub sebagai timbalannya.

Bagaimanapun, Zaharudin boleh dilantik semula melalui kuota 5 ahli yang dilantik Majlis Syura untuk mencukupkan keahlian 17 orang.

Majlis Syura mengadakan mesyuarat yang pertama mereka semalam di Pejabat Agung PAS Jalan raja Laut, Kuala Lumpur.

Ahli Majlis Syura terdiri daripada 4 dilantik AJK PAS Pusat, 4 oleh Dewan Ulama manakala 2 masing-masing daripada Pemuda dan Wanita.

Ahli yang dilantik itu kemudiannya akan melantik 5 lagi untuk menjadikannya 17 ahli.

Ahli yang dilantik AJK PAS Pusat ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden Idris Ahmad dan bekas Ahli Masjlis Syura, Hashim Jasin.

Dewan Ulama pula melantik ketuanya Datuk Dr Mahfodz Mohamad, timbalannya Ahmad Yakub, naib ketuanya Nik Zawawi Salleh dan ketua penerangan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Sementara itu, Pemuda pula melantik ketuanya Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas ketua Nasrudin Hassan.

Sebelum ini, Zaharudin dilantik melalui kuota Pemuda.

Wanita PAS pula mengekalkan kedua-dua wakil mereka sebelum ini. – tmi

No comments:

Post a Comment