Mahathir Sindir Siapa Pulak Ni? Sudah menjadi budaya rakyat Malaysia sering membayar lebih setiap kali membeli barang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas tentang Majlis Amanah Rakyat Malaysia (Mara) yang membayar lebihan A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi membeli pangsapuri di Melbourne, Australia.
Bekas perdana menteri itu dalam nada sinis berkata, rakyat Malaysia sememangnya bermurah hati dan tidak kisah membayar harga yang jauh lebih tinggi.
"Itu kita punya budaya. Bila kita beli apa-apa pun kita lebih bermurah hati, kita bayar lebih banyak.
"Bila pergi kedai beli barang saya bagi RM10, 'keep the change', katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur, hari ini.
The Age dari Australia mendedahkan Mara Inc, iaitu anak syarikat Mara menawarkan harga lebih tinggi bagi memiliki bangunan Dudley International House, iaitu daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.2), di mana lebihannya dibayar sebagai rasuah di Malaysia.
Mahathir Sindir Siapa Pulak Ni?
Akhbar tersebut juga melaporkan seorang pegawai "atasan" Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik dikatakan menggunakan dana kerajaan bernilai jutaan ringgit membeli sebuah blok pangsapuri di Melbourne.
Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa pada sidang media menjelaskan keputusan pembelian tersebut dibuat pada Mac 2013 dan mengakui pembelian blok pangsapuri itu terlalu tinggi berbanding harga asal yang ditawarkan.
Katanya, pembelian itu dilakukan mengikut proses ditetapkan dan diluluskan Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri.
Najib dalam status Facebook memberi jaminan akan menyiasat dakwaan itu sekiranya wujud penyelewengan di kalangan pegawai kerajaan.
"Pihak berkuasa di sini akan menyiasat secara terperinci dakwaan tersebut, dan seandainya ada sebarang salah laku dan penyelewengan, tindakan akan diambil," katanya.
No comments:
Post a Comment