Hadi kena main dengan Umno isu hudud, kata Kit Siang
DAP berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini dipermainkan Umno apabila usahanya membawa rang undang-undang persendirian hudud ke Parlimen tidak mendapat sokongan parti Melayu itu.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, sama ada Umno tidak mempunyai niat atau kebolehan bagi menunjukkan sokongan di peringkat Parlimen, 48 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Sabah dan Sarawak tidak akan digunakan untuk tujuan itu.
"Kemunculan rang undang-undang persendirian melaksanakan hudud dalam aturan mesyuarat Parlimen dua hari lalu menunjukkan Hadi diberi ganjaran kerana menukar arah politik di mana Umno sangat dihormati manakala DAP disetankan dengan bahasa kasar di muktamar.
"48 ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak bukan saja mengundang risiko kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri tetapi survival perpaduan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini berkata Putrajaya enggan menyatakan pendirian mereka tentang pelaksanaan hudud di Kelantan selepas Rang Undang-undang Persendirian itu muncul dalam aturan mesyuarat.
"Itu bukan pendirian kerajaan. Jerai akan memberikan jawapan tentang pendirian kami," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Shahidan menjawab soalan Ketua Whip PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menyimpulkan Putrajaya tidak mahu menyokong undang-undang jenayah Islam selepas mendapatkan penjelasan daripada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengapa usul itu hanya muncul dalam Kertas Arahan semalam walaupun sudah dihantar beberapa minggu lalu.
Lim berkata walaupun Pakatan Rakyat (PR) sudah berakhir, DAP akan meneruskan kerjasama dengan parti politik yang mempunyai prinsip merealisasikan "impian Malaysia".
Katanya, tiada apa yang perlu disedihkan dengan ketiadaan PR kerana impian Malaysia seperti perpaduan, keadilan dan maruah perlu direalisasikan.
"Kami di DAP tidak akan bekerjasama dengan pemimpin PAS yang melanggar Dasar Bersama PR.
"Tetapi kami bersedia bekerja dengan entiti politik dan rakyat yang komited kepada dasar Dasar Bersama termasuk ahli PAS di pelbagai peringkat yang tidak menolak atau meninggalkan Dasar Bersama PR," katanya. -TMI
ULASAN GB
Hari
itu haji Hadi mengucapkan perkataan TOLOL kepada sebilangan ahli PAS
yang kononnya mahu berpecah. Sekarang ucapan TOLOL itu kembali kiepada
si penuturnya iaitu Haji Hadi sendiri. Dua kali Private Bill
disenaraikan kedua-dua kali tidak dapat dibentangkan. Tidakkah TOLOL
namanya jika masih mempercayai UMNO sokong hudud? Lim Kit Siang pun tahu
PAS telah berjaya ditipu oleh UMNO.
Yang
menambahkan tololnya lagi ialah pihak parlimen meletakkan aturan
mesyuarat yang melibatkan Private Bill di atas meja ahli-ahli Dewan
Rakyat. Kononnya Private Bill itu akan dibentangkan oleh YB Marang,
sedangkan YB Marang tidak berada di dalam negara, dia masih berada di
Jepun. Bukankah itu TOLOL berganda namanya? Haji Hadi seolah-olah
mempermainkan umat islam di negara ini, hantar Private Bill tetapi
beliau sendiri terbang ke luarnegara semasa Palimen bersidang. Ponteng
lagi. Tak berdosakah jika tidak menunaikan amanah sebagai seorang ahli
parlimen?
Satu
lagi hal, yang bangun mempertikaikan isu tersebut ialah Mahfuz Omar, MP
Pokok Sena yang kalah dalam pemilihan Muktamar yang lalu. Adapun yang
menang dari kalangan PASUG seperti Idris Ahmad, Nasruddin Hassan
Tantawi, Nik Abduh dan lain-lain membisu. Berdegar-degar di luar
parlimen mengenai hudud tetapi jadi tikus mondok dalam parlimen, terus
membisu dan tak tahu nak mendebatkan isu. Inilah KETOLOLOLAN maha hebat
kumpulan ulama PAS dalam Parlimen.
No comments:
Post a Comment