Monday, June 8, 2015

PERLUKAH MAZLAN ALIMAN TOLAK AJK PAS PUSAT ???



Kalau kita lihat kedua dua senarai ini dan jika benar senarai ini ujud dalam muktamar baru baru ini yang tersebar luas laman facebook ,saudara Mazlan Aliman tersenarai dalam kumpulan B sedangkan kemenangan memehak pada kumpulan A , hanya Mazlan Aliman sahaja menang dari kumpulan B.
 Mengapa Mazlan boleh menang ?? ini yang menjadi tanda tanya ...Kalau kita lihat salah satu nama dari senarai A sudah dikeluarkan ia itu Nuridah Salleh maka disini kekosongan berlaku ...disini perwakilan berfikir tanpa pedoman dari senarai, siapa yang layak mengantikan Nuridah dan Mazlan difikirkan layak kerana isu Felda ?....

Moralnya adakah perwakilan berfikir tentang Peneroka ?? kemelut Peneroka?? masaalah Peneroka ???
Adakah Mazlan ibarat  "tak ada rotan akar pun berguna" ???....

Jawapanya ada pada Perwakilan semua ....


KUALA SELANGOR - Ahli Jawatankuasa Pas, Mazlan Aliman mempertimbangkan sama ada masih mahu kekal atau keluar daripada kepimpinan parti.
Perkara itu ditegaskan beliau semasa sesi penggulungan Muktamar Pas kali ke-61 semalam.
Menurut beliau, perkara itu bermain di fikirannya sebaik melihat perkembangan yang berlaku dalam pemilihan Pas tahun ini.
"Saya sudah sebut pandangan saya (letak jawatan) di Facebook semalam (Jumaat) memang saya terluka dalam perkembangan dalam Pas.
"Saya akan umum sama ada kekal atau urus NGO saya, saya tak nak buat polemik dan saya mahu buat kerja," katanya.
Menerusi status Facebooknya, Mazlan berterima kasih kepada perwakilan yang masih memberi kepercayaan kepadanya untuk penggal akan datang.
Bagaimanapun, kemelut dalam parti telah memberi kesan yang mendalam kepada dirinya.
"Sebagai manusia biasa dan penglibatan Pas sejak tahun 1986, situasi ketika ini paling mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi. Apatah lagi ramai rakan akrab puluhan tahun berjuang dan berkorban telah tewas dalam pemilihan.
"Saya amat sedih dengan suasana ini dan mengganggu emosi saya, ia detik yang sukar, kepada Mu Ya Allah, hamba Mu memohon pertolongan," tulisnya kelmarin.
Katanya, dalam tempoh satu atau dua hari ini beliau akan membuat keputusan sama terus kekal dengan barisan kepimpinan yang baharu atau melepaskan jawatan itu.

Sebaik selesai memberi ucapan Mazlan dilihat mengalirkan air mata dan berpelukan bersama beberapa ahli jawatankuasa Pas.

No comments:

Post a Comment