Mula-mula kita kena tahu apa pendapat Menteri Kewangan yang juga Presiden UMNO yang mengulas mengenai sama ada keruntuhan kewangan Greece akan memberi kesan kepada Malaysia..
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata krisis kewangan di Greece tidak akan memberi sebarang kesan sistemik kepada ekonomi Malaysia.
"Kita akan melihat kesan global tetapi saya mahu melihat perkembangan dalam tempoh sehari dua ini. Faktor utama Greece kekal sama ada ia sebahagian dari zon Eropah atau mereka akan menarik diri darinya. Kita (Malaysia) perlu melihat perkembangan ini.
"Kita juga perlu memantau dan melihat sentimen global dan bagaimana ia memberi kesan," katanya..
Itu kata Menteri Kewangan yang dibawah pentadbirannya hutang luar negara hingga Mac tahun ini telah mencecah RM768.1 bilion dan nilai ringgit juga berjaya dijadikannya paling rendah dalam masa 10 tahun..
Manakala ketika berkongsi pandangannya, Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan, berkata butiran rundingan penyelesaian antara Greece dan pemberi pinjaman asing ternyata turut menjejaskan sentimen di seluruh dunia selain memberi kesan ke atas pasaran saham serantau.
Hmmm... Menteri Kewangan kata tak ada kesan.. Penganalisa pula kata memberikan kesan.. entahlah Najib..
Laporan berkaitan...
Ringgit jatuh ke paras terendah bagi tempoh 10 tahun hari ini dalam dagangan berhati-hati susulan kebimbangan isu hutang Greece, kata peniaga.
Pada 5 petang, nota tempatan itu diniagakan pada 3.7825/7855 berbanding dolar AS, daripada 3.7660/7690 pada Jumaat.
Kebimbangan akan kemungkinan Fitch Ratings menurunkan penarafan Malaysia turut mempengaruhi mata wang tempatan.
Seorang peniaga berkata dolar AS meneruskan momentum aliran menaik dengan perbelanjaan pengguna AS bagi Mei mencatat peningkatan tertinggi dalam tempoh hampir 6 tahun dan ini disokong oleh unjuran kenaikan kadar faedah AS dalam tahun ini juga.
Nota tempatan turut ditutup rendah berbanding mata wang utama lain kecuali euro.
Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.8004/8045 daripada 2.7996/7020 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding yen kepada 3.0762/0799 daripada 3.0516/0543.
Ringgit lemah berbanding pound British pada 5.9400/9459 daripada 5.9318/9369, namun mengukuh berbanding euro kepada 4.2016/2061 daripada 4.2194/2235 Jumaat lepas.
Sementara itu, kelemahan prestasi ringgit serta pasaran saham tempatan ketika ini adalah reaksi spontan terhadap kebimbangan melibatkan hutang Greece yang tertunggak serta kemungkinan pihak Fitch Ratings menurunkan penarafan kredit Malaysia.
Ketika berkongsi pandangannya, Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan, berkata butiran rundingan penyelesaian antara Greece dan pemberi pinjaman asing ternyata turut menjejaskan sentimen di seluruh dunia selain memberi kesan ke atas pasaran saham serantau.
"Kami menjangkakan kesan terhadap pasaran saham tempatan ini selepas rundingan (Greece) itu gagal. Malah, pasaran sememangnya membuat jangkaan awal akan berlakunya tunggakan bayaran oleh Greece terhadap pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak €1.6 bilion, yang dijadualkan esok," katanya kepada Bernama, hari ini.
Bagaimanapun, jelas Nazri, kesan terhadap Malaysia dijangka minimum kerana pendedahan langsung negara ini terhadap Greece adalah kurang daripada 5% daripada jumlah keseluruhan perdagangan.
"Bursa saham tempatan dijangka kembali pulih dalam masa satu atau dua minggu lagi dan pelabur digalakkan membeli saham-saham yang memiliki asas baik pada harga yang murah," katanya.
Jelasnya lagi, jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) turut menyumbang terhadap kelemahan ringgit.
"Unit tempatan itu mencecah paras 3.78 bagi setiap dolar AS iaitu yang paling lemah dalam tempoh 10 tahun yang disebabkan gabungan pelbagai faktor," katanya.
Namun, Nazri tetap berkeyakinan pihak Fitch Ratings tidak akan menurunkan penarafan kredit negara ini biarpun Ketua Bahagian Penarafan Negara Asia Pasifik firma penarafan itu, Andrew Colquhoun, pada Mac lalu berkata kemungkinan penarafan Malaysia akan diturunkan adalah sebanyak 50%.
"Penurunan itu akan menjadi yang pertama untuk negara sejak tahun 1998 dan akan hanya berlaku jika kerajaan tidak mengurangkan pembiayaan awam. Kerajaan sebaliknya menunjukkan komitmen dengan mengambil pelbagai langkah bagi mengurangkan hutang serta mengubah ekonomi menjadi lebih pelbagai dan berdaya tahan," katanya lapor The Malaysian Insider
Tak tahniah PH ke Rm 4.15 - 1US D
ReplyDelete