Sunday, January 5, 2014

PM ROSMAH :KORANG YANG PILIH PM KAN ???

Malaysia salah langkah di bawah pentadbiran Najib, kata Kit Siang


Malaysia salah langkah di bawah pentadbiran Najib, kata Kit Siang
Malaysia telah melalui arah yang salah selama di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata DAP.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang (gambar) menegaskan, perdana menteri itu perlu memanggil mesyuarat kabinet bagi meluluskan Penyelesaian 10 Perkara termasuk perbincangan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berhubung Rekonsiliasi Nasional bagi membentuk penyatuan kebangsaan.
"Ini masanya untuk pemimpin BN dan PR mengetepikan perbezaan politik dan bergerak ke arah penyatuan kebangsaan melalui ‘blueprint’ rekonsiliasi nasional," katanya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, tahun 2014 telah dikejutkan dengan beberapa insiden termasuk dakwaan demonstrasi Turun yang dikatakan ingin menggulingkan kerajaan, dan juga serbuan terhadap Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) di Damansara oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) minggu lalu.
"Ia tidak akan berlaku tanpa campur tangan dan bantuan polis," katanya merujuk kepada serbuan Jais yang merampas 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban.
Situasi di Malaysia juga jelasnya amat menyedihkan apabila belum pun tamat minggu pertama tahun 2014, telah berlaku pelbagai perkara dan masalah yang melibatkan rakyatnya.
Serbuan ke atas PBM menimbulkan pelbagai reaksi banyak pihak, dengan penganut agama Islam hari ini membawa bunga ke Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang.
Antaranya yang hadir adalah aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahthir, yang membawa sejambak bunga dan menjadi sebahagian daripada yang datang untuk memberikan sokongan moral kepada penganut Kristian.
Berbeza di Padang Kelab Sultan Sulaiman, sekumpulan kumpulan konservatif Islam berhimpun bagi membantah penggunaan nama Allah oleh Kristian.
"Saya di sini atas nama peribadi..ramai di sini adalah Muslim tetapi apa yang kami mahu katakan adalah Islam agama keamanan," kata Marina di depan Gereja Katolik Our Lady of Lourdes Klang sambil memegang bunga di tangan yang dikhaskannya untuk penganut Kristian di situ.
"Kami bukan pencetus peperangan seperti sangkaan sesetengah pihak," tambahnya.
Menyifatkan protes adalah hak setiap individu namun, "tidaklah wajar berlebihan sehingga memasuki rumah ibadat pihak lain." - TMI

No comments:

Post a Comment