Wednesday, January 15, 2014

PM ROSMAH : TANDA AKHIR HAYAT UMNO ...


TANDA TANDA AKHIR ZAMAN

Ketika saya disekolah rendah dahulu saya pernah mendengar arwah Nenek saya berkata ' ..dunia ni dah  tua ... tanda akhir zaman dah sampai...' Pada ketika itu saya  tidak faham apa  makna ayat ini. Tak mengerti apa itu dunia. Tidak faham apa makna akhir zaman. Puluhan tahun kemudian  dalam tulisan ini saya   sendiri akan menrungkaikan apa itu tanda-tanda akhir zaman. Tanda-tanda akhir zaman yang dimaksudkan disini bukan tanda kesampaian Hari Kiamat tetapi kesampaian Kiamat untuk United Malays National Organisation.

 
Awal wahid saya perlu mengingatkan para pembaca bahawa kita adalah 52%  dari jumlah warga Malaysia. Jumlah 52% ini adalah jumlah majoriti yang memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat. United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya hanya mendapat 47%. Mereka adalah minoriti. Tetapi melalui tipu helah Suruhajaya Pilihan Raya dan dengan penipuan undi kuasa telah dirembat oleh  gerombolan Kutuanan Melayu sekali lagi. Ini hakikat. Ini fakta. 

Fakta tentang 52% ini wajib terus kita ingati dan sebarkan  kerana ini adalah salah satu tanda  akhir zaman. Tanda akan berakhirnya zaman United Malays National Organisation. Fakta Pakatan Rakyat mendapat undi  majoriti ini wajib terus dilaungkan hingga bingar telinga   Najib dan Rosmah. Wajib kita canangkan kepada  ahli dan penyokong Bani Ketuanan Melayu bahawa mereka hanya mendapat undi minoriti 47%.  Mereka berkuasa kerana menipu pilihan raya. Khalas.

Untuk memahami seterusnya  tanda-tanda berakhirnya Bani Ketuanan Melayu  kita wajib melihat sejarah negara-negara lain. Melihat bagaimana rakyat negara  tersebut  bangun dan menghumbankan Raja, Pemaisuri, Presiden, Perdana Menteri atau Ditaktor yang zalim.

Di Peranchis kita membaca bagaimana leher Pemaisuri Marie Antoinette telah dipenggal oleh rakyat Peranchis pada  16 Oktober 1993.  Marie Antoinette adalah simbol kebencaian rakyat Peranchis. Mengikut fakta sejarah sebelum rakyat Peranchis berjaya menghumbankan semua kaum feudal dan mendirikan Republik pada tahun 1799 Marie  Antoinette ini telah menjadi simbol kebencian rakyat.  Rakyat Peranchis – buruh dan tani - disatukan kerana mereka benci kepada Marie Antoinette.

Pada tahun 1780 telah berlaku babak yang dipanggil Rantai  Leher  Marie Antoinette. Skandal  rantai intan berlian ini telah melibatkan Raja dan Istana kerana wang negara telah digunakan.  Nama Marie Antoinette  terlibat dalam skandal  rantai berlian ini.

Di Malaysia kita ada skandal Cincin Berlian  Rosmah Mansor  sama saperti skandal  Rantai Leher Marie Antoinette.  Semua warga Malaysia tahu tentang cincin milik Rosmah yang berharga 24 juta ringgit.  Skandal rantai leher ini akhirnya memenggal leher Marie Antoinette. Tetapi  ini tidak mungkin berlaku kepada Rosmah Mansor. Mengikut surah ahli-ahli United  Malays National Organisation mustahil leher Rosmah dapat  dipenggal kerana  Rosmah yang  gemok tidak berleher.

Saya juga wajib memberitahu kepada pembaca tentang  kuih hari jadi Saddam Hussein. Setiap tahun  pada 28 April  -  Saddam Hussein akan  menerima  kuih sebagai hadiah hari jadinya. Bayangkan,  pernah  disatu hari jadi , Saddam telah menerima  kuih hari jadi saberat 1 tan. Kuih Hari Jadi  Saddam ini wajib menggunakan jentolak  dan crane untuk mengangkatnya.

Saya juga wajib merakamkan disini tentang kenduri Hari Pertabalan Ahmad Reza Shah Pahlevi – Raja dari segala Raja-Raja.  Pesta Pertabalan ini berlangsung pada  26 Oktober 1967   dikota kuno Parsepolis.  Sejarah telah merakamkan bagaimana  4 tan caviar – telor ikan sturgeon – telah diterbangkan dari Paris untuk jamuan  Pertabalan ini. Dan bagaimana semua kedai champagne di Peranchis telah kosong kerana  semua Dom Perignon telah diterbangkan ke Tehran.

Saya menulis pekara-pekara ini untuk memberi tahu kepada pembaca bahawa inilah tanda-tanda awal  sebelum raja atau pemimpin negara ini digulingkan oleh rakyat. Saya  juga ingin mengingatkan  bahawa ' renyai-renyai guling berguling'   yang sama sedang berlaku dalam negara kita. Tanda-tanda ini  untuk saya amat jelas.

Ingatkan kembali kesah terbaru   warga Kelantan, Terengganu dan Pahang yang telah dilanda banjir. Ketika sanak suadara kita  ini ditenggelami banjir ahli-ahli  parti United Malays National Organisation sedang berhimpun dan berpesta-pesta. Berkenduri kendara -  jamuan makan demi jamuan makan telah dilaporkan oleh media. Dengan bangganya jumlah telor, ikan, daging, ayam dan tepong telah  diumumkan kepada  rakyat untuk memberitahu betapa hebatnya kenduri Bani Ketuanan Melayu.

Jangan kita lupakan  kesah banjir beberapa tahun dahulu.  Ketika  rakyat Johor tehungap-hungap tenggelam timbul dilanda banjir. Abdullah Badawi PM ketika itu telah mengelincir hilang ke Perth  Australia untuk bercanda-canda.

Sebelum Marie Antoinette dipenggal leher, sebelum Shah Iran dihambat keluar Istana, sebelum  Marcos di terajang keluar, sebelum Suharto di halau oleh anak muda, sebelum Czar Nicholas dibunuh mati  -  kemarahan rakyat telah lama terkumpul.   Dari buku-buku sejarah yang dapat kita baca kita mengetahui bagaimaman kaum tani  Peranchis  telah diinjak-ianjak. Ada yang dibakar hidup-hidup. Ada yang digantung melalui hukuman mahkamah.  Semua dilakukan untuk Raja, Agama dan Keselamatan Negara.

Kita baca bagaimana panen gandum kaum tani Russia telah dirampas oleh Czar.  Kita membaca bagaimana Pak Tani diwajibkan membayar cukai mukai kepada Raja dan Czar. Kita baca bagaimana harga bahan makanan menjadi mahal dan kos untuk hidup melonjak naik. Semua ini sedang berlaku dihadapan mata kita. Kita sedang melihat bagimana Najib dan Rosmah anak beranak  sedang mengumpul harta ketika  rakyat Malaysia anak semua bangsa sedang  menghadapi kesengsaraan hidup.

Baru-baru ini kita terbaca bagaimana anak Rosmah dengan laki pertamanya telah membeli sebuah kondo dengan harga 110 juta ringgit. Kita juga diberitahu bagaimana anak Rosmah ini telah melabor 100 juta dolar untuk membuat filem di Hollywood. Apa yang kita TIDAK diberitahu ialah dari mana punca duit anak Rosmah ini.

Rakyat Malaysia juga telah diberitahu bagaimana Rosmah Mansor telah menggunakan jet kerajaan untuk bercanda-canda dan bershopping ke Dubai. Rakyat juga telah diberitahu tentang kos leterik dan air rumah Rosmah Mansor melebihi  40,000 ringgit sebulan.  Rakyat telah diberitahu bagaimana tahun lalu Najib dan Rosmah telah berbelanja  40 juta ringgit, duit rakyat  untuk penerbangan setahun.  Akhbar The Heat telah melaporkan  berita dan fakta ini. Dengan cepat lagi  ganas Najib dan Rosmah telah mengharamkan akhbar ini.

Apakah kita masih tidak faham akan tanda tanda ini?  Sayang sekali Nenek saya telah lama meninggal dunia. Jika tidak saya ingin bertanya apakah ini juga tanda-tanda  dunia telah tua?

Najib dan Rosmah telah menarik satu demi satu subsidi dengan alasan untuk membantu orang ramai. Dengan alasan untuk membaiki ekonomi negara. Najib dan Rosmah lupa menarik subsidi  bermakna harga barang  akan naik. Harga bahan bakar minyak, harga leterik kini telah melambong naik. Harga bahan makanan mendadak naik.

Satelah banyak subsidi ditarik kerajaan  Najib membatalkan bayaran gaji minima kepada kaum buruh. Walhal gaji minima ini telah dijanji oleh Najib  sebelum PRU13. Tidak cukup dengan ini cukap GST akan dikenakan.

Ketika ini Najib dan Rosmah telah meminta orang ramai berjimat cermat dan  kurang berbelanja. Sebenarnya, meminta orang miskin kurang berbelanja ini adalah satu permintan lucah. Sama lucahnya jika ada NGO yang menolak demonstrasi tetapi mengajukan orang miskin melancarkan mogok lapar sebagai  protes.

Apabila harga barang naik, apabila gaji minima tidak ditunaikan ertinya   gaji semakin kurang.  Apabila duit  kurang dalam poket bermakna hidup menjadi susah. Ketika rakyat dalam kesusahan inilah kita membaca berita  Zahid Hamidi mengadakan  sambutan hari jadinya di sebuah hotel lima bintang.

Ketika ini jugalah menteri  Ismail Sabri   telah mengadakan kenduri yang akan membunuh semua kenduri. Kenduri perkahwiann anak menteri ini walau pun tidak selucah Hari Jadi Saddam tetapi hampir menyamai  kenduri Pertabalan Shah Iran.

Apakah tanda dan maknanya semua ini?

Semua ini adalah tanda-tanda akhir zaman. Tanda-tanda akan berakhirnya  kekuasan Najib dan Rosmah. Tanda air talkin sedang disediakan oleh rakyat  untuk  parti United Malays National Organisation. 

Saya sedar –  ramai akan bertanya bila gerombolan Ketuanan Melayu ini akan hilang nafas.    Saya yakin 52% rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat  ingin tahu bila United Malays National Organisation akan terkubur? Tahun ini? Tahun hadapan? Dalam PRU14? Bila?

Ini soalan hakiki. Tetapi dalam politik tidak ada sesiapa yang dapat meletakkan tarikh yang tepat. Ini bukan tarikh lahir Saddam Hussein.  Mustahil kita akan mengetahui  bila -  hari dan saatnya -  United Malays National Organisation akan terkubur. Apa yang saya tulis hanyalah tanda-tanda  yang  sedang  berlaku dihadapan  mata kita. Saya tuliskan tanda-tanda ini kerana tanda-tanda yang sama juga pernah berlaku  dinegara lain.

Marie Antoinette Permaisuri akhir Peranchis  menobatkan dirinya sebagai Bonda kepada semua kanak-kanak di Peranchis. Satu hari ketika Baginda sedang naik kereta kuda Baginda terdengar orang kampong  yang sedang berdemo melaung-laungkan :  kami mahu roti.. roti roti roti...' Lalu Baginda bersuara  " Qu'ils mangent de la brioche- kalau tak ada roti makan kueh..

Raja dan Menteri  Malaysia  tidak lagi naik kereta kuda tetapi  Malaysia memiliki ramai Marie Antoinette.  Orang ramai telah  mendengar  Datuk  Hasan Malek berkata : kalau ayam mahal belilah daging.  Orang ramai  juga telah terdengar kenyatan Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata : jika tol mahal pakai jalan lama.  Hasan Malek dan Wahid Omar walau pun tidak bersanggul dan bergincu tetapi yakinlah jika dizaman Revolusi Peranchis kepala mereka pasti telah dipenggal. (TT)

No comments:

Post a Comment