Sunday, January 26, 2014

KRONI UMNO : SELAGI UMNO PERINTAH, RAKYAT MAKIN BODO... KAMI MAKIN KAYA ...

Kenaikan Harga Barang (Rakyat Malaysia), Bebanan Kos (Petronas + TNB) = IPP Untung Bilion Ringgit?  

Pemilik IPP Malaysia
Bongkar Sejarah IPP : KLIK SINI
Kalau nak dikatakan kenaikan harga barang di Malaysia disebabkan barang yang diimport, elektrik kita tidak import yang mana bahan bakarnya adalah gas asli yang diperolehi hasil dalam negara kita sendiri. Yang kita import arang batu.
Masalahnya sekarang ini adalah, adakah Petronas akan terus menjadi “hamba” kepada kalangan taikun IPP seperti Tan Sri Syed Mokhtar (Malakoff), Tan sri Ananada Krishnan (PD Power), Tan Sri Francis Yeoh (YTL), Tan Sri Lim Kok Thay (kumpulan Genting) dengan menjual harga gas asli pada harga yang cukup rendah kepada penjana-penjana ini, sedangkan IPP ini mengaut keuntungan bebrilion ringgit pada kadar yang dimeterai oleh kerajaan dengan penjana elektrik.
KENAIKAN HARGA BARANG VS KENAIKAN HARGA MINYAK, ELEKTRIK, TOL?Perjanjian IPP Malaysia
Sebenarnya harga barang naik kita adalah kerana mengambil kira faktor rantaian seperti pengangkutan (tol), minyak, elektrik, beras gula contohnya yang mana semuanya dikawal oleh kerajaan. Setiap barang yang dikawal oleh kerajaan ini sudah dikawal oleh konglemerat yang mana ada monopoli yang mana perjanjian yang dimeterai untuk tempoh yang cukup lama dan juga berat sebelah.
Bagaimana mungkin naik harga minyak, tarif elektrik, kemungkinan naik tol, gula dan sebagainya, peniaga tidak dibenarkan naik harga? Adakah mereka ini bukan rakyat Malaysia juga?
Soalnya sekarang, rakyat Malaysia bertanya di mana setiap tahun dijamah dengan berita pengumuman kenaikan ekonomi yang memberangsangkan dan pertumbuhan ekonomi 4%, 5%. Tetapi pertumbuhan ekonomi yang dicanang selama ini tidak sampai kepada rakyat Malaysia. Jikalau betul, ekonomi Malaysia bagus dan kaya sebegitu, mengapa kerajaan mahu berkira harga 20 sen dengan mengambil manfaatnya kepada rakyat? Mengapa?
PENDAPATAN KERAJAAN MALAYSIA MENINGKAT VS PERBELANJAAN DEFISIT?Masalahnya di Malaysia adalah perbelanjaan tidak terkawal kerajaan Malaysia, bukannya perbelanjaan tidak berhemah rakyat Malaysia. Ini kerana setiap tahun pendapatan Malaysia meningkat saban tahun, lebih baik daripada negara-negara lain. Tetapi malangnya perbelanjaan yang dibelanjakan kerajaan melebihi pendapatan Malaysia (perbelanjaan defisit). Caranya penyelesaiannya cukup mudah, rakyat malaysia dihadiahkan beberapa siri pengumuman yang bertalu-talu termasuk kenaikan harga minyak, harga gula, harga tol, tarif elektrik?
Ada yang mengatakan perlu dikurangkan atau dihapuskan subsidi kepada seeua rakyat malaysia. Setuju? Pendapat Berita Semasa, di negara maju seperti Jerman, negara Eropah yang lain semuanya ada subsidi. Janganlah ditarikbalik subsidi rakyat. Mengapa Berita Semasa katakan begitu? Teorinya subsidi yang diberikan kepada rakyat, datangnya daripada rakyat juga. Mengapa mahu ditarikbalik?
Di Malaysia ini keadaan ekonomi banyak dipengaruhi dasar kerajaan, dan kerajaan banyak terlibat dalam perniagaan yang boleh mempengaruhi harga. Contohnya tarif elektrik yang mana setiap kali kenaikan tarif elektrik akan memberikan kesan rantaian yang cukup besar termasuklah termasuklah kepada industri.
IPP Malakoff Pemilik IPP Malaysia Kaya-Raya : TNB & Petronas Budak Suruhan?Masalah yang dialami oleh Petronas terutamanya adalah apabila kerajaan menandatangi perjanjian di antara penjana bebas dengan TNB yang menyatakan IPP tidak perlu menanggung kos bahan api (fule pass through mechanism) dan dalam pada masa yang sama perjanjian tersebut menyatakan juga bayaran yang wajib dibayar oleh TNB (mewakili rakyat Malaysia) kepada penjana bebas tidak kira operasi penjanaan elektrik berjalan atau tidak. Ini adalah satu bentuk jaminan yang cukup tinggi bagi mengaut keuntungan berbilion ringgit. Dan setiap kali berlaku turun naik harga bahan api di pasaran, yang menanggung rakyat melalui TNB dan Petronas.
Ada kajian seorang profesor di Universiti Stanford mengatakan kadar pulangan keuntungan IPP generasi pertama adalah antara tertinggi di duniaItu sebablah Petronas mengatakan, sampai bila rakyat melalui Petronas perlu menanggung kos IPP ini sehingga 60%-70% untuk IPP? Mengapa tidak IPP yang menanggung kos bahan api tersebut? Mengapa taikun-taikun kaya IPP ini diberikan kesitimewaan sebegitu rupa? Akhirnya apabila TNB dan Petronas tidak mahu bayar, siapa yang bayar? Akhirnya, Andalah (rakyat Malaysia) melalui kenaikan tarif elektrik sekarang ini.
Sepatutnya, jikalau kerajaan telus dan adil kepada rakyat di mana mahu elektrik ini diswastakan atas tuduhan dahulu TNB tidak cekap dan diwujudkan beberapa IPP, swastakan betul-betul. Maknanya untung kamu swastakan dan rugi juga kamu swastakan. Itu baru konsep swasta yang sbeenarnya. Malangnya perjanjian IPP ini cukup berat sebelah yang menganiayai rakyat Malaysia.
Apa respon balas anda pula?

No comments:

Post a Comment