Monday, January 6, 2014

MERCEDES : KEDAH LAIN ..PENANG LAIN ...

Kerajaan Kedah beli kereta baru?.. Jangan fitnah, ini penjelasan Mukhriz


Menteri besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir menafikan kerajaan pimpinannya membeli kereta baru sebagai kenderaan rasmi.

Beliau menambah, sebaliknya kekal menggunakan kenderaan lama yang dibeli pada era pemerintahan kerajaan negeri yang terdahulu.

KCX 8 Dibeli semasa PAS/PR perintah Kedah
Beliau berkata, kereta mewah yang digembar-gemburkan ketika ini (gambar atas) adalah kereta Mercedes milik peribadi beliau yang digunakan sebagai kenderaan rasmi untuk urusan sebagai menteri besar di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, beliau meminta individu yang menyebarkan fitnah ini agar menghentikan segera spekulasi kerana ia tidak benar sama sekali.

KBV 8 yang lama
Pun begitu ketika ditanya adakah kerajaan negeri akan menukar kenderaan rasmi kerajaan beliau berkata, perkara itu akan diputuskan kemudian.

Sehingga kini beliau masih menunggu maklumat terperinci daripada pihak Proton dan kerajaan persekutuan memberi maklum balas positif mengenai perkara itu.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri juga telah memutuskan kereta Toyota Camry yang digunakan kerajaan terdahulu akan dijual kepada para EXCO sebelum ini jika kerajaan pipimpinan beliau mahu menukar kereta baru.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan di Wisma Darulaman, Alor Setar ~ Astroawani

P/S :  tak beli merz baru utk kerajaan negeri. tapi sendiri yg beli...
tapi awat no plat KBV 8 yg digunakan. kata tu no plat keta lama. bleh kot.. pi tukaq no gitu jer.. alaa.. 2 skru jer kan ...

No comments:

Post a Comment