[HD] KUALA LUMPUR: Seramai 3,464 orang pengguna telefon Android telah memuat turun nada dering 'Najib Kangkung' melalui aplikasi Zedge di 'Google Play Store' sehingga hari ini semenjak fenomena kangkung melanda di negara ini.
Remix nada dering tersebut diubah dari ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kemaman, Terengganu yang memberi contoh harga kangkung turun biarpun harga sayuran lain naik sebagai mengulas kenaikan harga barang.
Nada dering itu turut berada pada kedudukan pertama dalam aplikasi tersebut dan mendapat undian lima bintang (Five Star) dari pengguna.
Fenomena kangkung tiba-tiba menjadi popular gara-gara ucapan Najib yang menempelak orang ramai yang gelisah dengan kenaikan harga barang serta sentiasa menyalahkan kerajaan dengan perkara itu.
Dalam ucapannya, Najib dilaporkan berkata "kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. hari ini dalam surat khabar saya baca, ada yang dah turun. kangkung dulu naik, sekaang ini dah turun. bila turun apasal tak puji keraajan?"
Fenomena tersebut telah menjadi perbualan hangat di laman sosial 'Facebook' serta menjadi bahan lawak di laman tersebut.
Warga maya menggunakan pelbagai kaedah kreatif membidas kenyataaan Najib itu. - MUHAMMAD FAIZAL/21/1/14
No comments:
Post a Comment