Sunday, January 12, 2014

WANITA UMNO : JOM TIRU MACAM SAYA ...

2 bulan 3 kali umrah...

 Hingga ke hari ini, tidak ada apa-apa tindakan dikenakan keatas Shahrizat berikutan   Skendal Lembu Feedlot yang menggemparkan negara.Mungkin kerana doanya di depan kaabah yang dia lakukan semasa 3 kali umrah dalam sebulan dulu itu mustajab ... dia terus disanjung dan kini masih menjadi Ketua Gembala ...

Korang kena belajar 'doa Shahrizat' kalau mahu berjaya menjadi penyamun lembu seperti Shahrizat.

  Antara kejayaan Shahrizat yang sangat menakjubkan sebagaimana yang pernahdidedahkan oleh Rafizi Ramli dan rakan-rakannya dalam projek  menyonglap dana projek Lembu Feedlot tersebut hingga mampu berjoli sakan membina kemewahan hidup untuk diri dan keluarganya:

1. Dua unit kondominium One Menerong, Bangsar RM13,800,000. 
2. Sebuah Mercedes Benz CLS 350 CGI RM534,622. 
3. Dua plot tanah di Presint 10, Putrajaya RM3,363,507. 
4. Satu unit kondominium Orchard Scotts RM9,900,000. 
5. Dua unit kondominium Marina Bay Suites, RM34,562,784. 

Itu belum lagi masuk pakej umrah yang dikhabarkan bernilai RM 31,580 atas nama suami Shahrizat dan anaknya....

 Kini Sharizat seolah-olah menjadi idola dan peransang kepada beberapa orang untuk mengikut jejak langkahnya secara kecil-kecilan sebagaimana di sini.

 Tetapi mereka ini tidaklah mampu nak buat secara besar-besaran  kerana tidak mendapat sokongan dan dorongan kementerian pertanian sebagaimana yang Shahrizat dan keluarganya perolehi dulu.

No comments:

Post a Comment