Najib amat lemah, sendirian dihujani cemuhan rakyat
KUALA LUMPUR: Fenomena lawak kangkung menjadi petunjuk terkini Perdana Menteri terlalu lemah menangani pelbagai isu besar yang kritikal dihadapi rakyat, tegas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
“Najib Razak sudah dicop rakyat sebagai Perdana Menteri paling tidak mampu menyelesaikan masalah.
Tambah masalah lagi, ada. Tak pernah berlaku dalam sejarah sejak selepas merdeka, ada pemimpin negara dicemuh sebegitu rupa.
“Malu betul. Portal berita, BBC di United Kingdom pun laporkan protes dahsyat rakyat Malaysia melalui media sosial ke atas ucapan ‘kangkung’ Najib yang tidak peka dengan bebanan kos hidup melambung ditanggung rakyat,” katanya
Lebih malang, ujarnya, barisan Kabinet yang ramai itu dilihat membisu “cuci tangan” sahaja menyebabkan Najib seperti sendirian dihujani cemuhan rakyat.
Menurut Mohamad Sabu, tuntutan rakyat jelas supaya Kerajaan Umno-BN me ngurangkan harga barangan keperluan antaranya beras, gula, minyak masak, susu, ikan, ayam dan da ging seperti disuarakan pada himpunan Turun malam tahun baru lalu.
“Musim hujan, kangkung ini mudahlah kita dapat dan tumbuh di parit atau kolam tapi bila kemarau, kangkung pun boleh naik harga,” sindirnya.
Pada masa sama, kontroversi penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian, ujar Mohamad Sabu, yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu juga menunjukan Najib gagal mengurus konflik berkaitan sentimen agama.
“Benar, hal itu membabitkan isu akidah tapi rakyat musykil kerana nampaknya ia lebih condong kepada isu politik.
“Kalau betul jaga akidah, kenapa penganut Kristian di Sabah dan Sarawak diboleh kan guna kalimah Allah tapi di Semenanjung tidak boleh?” soalnya ketika dihubungi Harakah, 17 Januari lalu.
Mengulas lanjut kelemahan Najib, Mohamad Sabu berkata, isu urus tadbir baik akan tinggal mimpi selagi Putrajaya tiada kesungguhan “membedil” jenayah rasuah dan ketirisan dana awam.
“Tak payah buat ja watankuasa itu, ini. Letak saja dulu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bawah Parlimen supaya usaha lawan rasuah lebih praktikal.
Tidaklah kes berprofil tinggi macam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) terlepas begitu saja.
“Jangan lupa juga, Lapor an Audit Negara pernah dedahkan harga asal jam dinding Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya RM100 tapi boleh dibeli sebanyak 20 unit dengan harga RM3,810 setiap satu” jelasnya.
Selain itu, katanya, polemik Syiah secara bermusim serta tindakan membela Rosmah Mansor yang dikenali umum boros pada Perhimpunan Agung Umno lalu turut dilihat sebagai bukti Najib tidak relevan sebagai Perdana Menteri.
“Belum lagi sentuh janji Najib pada PRU13 lalu. Memang lemah betul. Kata mahu tambah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), perumahan untuk rakyat miskin, kurangkan harga kereta dan bayaran tol. Mana semua janji itu?” bidasnya lagi.
No comments:
Post a Comment