Monday, January 27, 2014

DEMO UMNO : WEH TUN ! KAMI TERASA LAAA ...

Mahathir bidas Ahli UMNO yang demo depan PWTC ke ni?


Petang tadi The Malaysian Insider melaporkan... Ratusan ahli Umno Bahagian Pasir Salak berdemonstrasi di hadapan bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mempertahankan isu kalimah Allah.

Menurut Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Salak, Ramli Yusuf berkata mereka akan turut menghantar memorandum sebagai memberi sokongan penuh kepada perdana menteri dalam mempertahankan kalimah Allah daripada terus dipermainkan pihak yang tidak bertanggungjawab.


Selain melaungkan slogan "Hidup Umno", "Selamat Melayu", "Selamatkan Islam dan Allah", peserta demonstrasi itu turut menjulang sepanduk yang tertera perkataan "Save Kalimah Allah untuk Umat Islam", "Hapuskan Petualang Negara " juga " Kembalikan ISA", "Kalimah Allah khusus Untuk Agama Islam Bukan Trinity Seperti Tuhan Agama Lain" dan "Melayu Jangan Tak Faham Sejarah". 

Memorandum itu dikatakan bakal diserahkan oleh Ketua Umno Bahagian Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebaik sahaja selesai mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno...

Ini pula ulasan Tun Mahathir pasal demo...

Budaya demonstrasi jalanan yang semakin diangkat golongan tertentu untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka adalah suatu tindakan yang mencabul hak masyarakat majoriti.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ini kerana senario semasa menampakkan bahawa tindakan itu hanya membawa suara kumpulan minoriti atau individu tertentu sahaja sehingga menjejaskan kumpulan majoriti, menyebabkan mereka menerima pelbagai tempias negatif.

"Umpamanya bila berlaku demonstrasi, ini mengganggu perniagaan orang lain, ini bermakna kita telah menghapuskan hak orang lain, ini tidak harus dilakukan," katanya pemberita selepas melancarkan Forum Kebangsaan dan Buku "Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam" di Pusat Islam di Kuala Lumpur. 

Dr Mahathir turut memberi contoh demonstrasi rakyat di Bangkok, Thailand, yang semakin meruncing sehingga pusat perniagaan lumpuh dan menjejaskan mata pencarian rakyat terutama golongan peniaga. 

Beliau turut menegaskan pelaksanaan hak asasi perlu mempunyai keseimbangan kerana keutamaan kepada hak individu dan kumpulan minoriti semata-mata akan memusnahkan keamanan negara.

Dr Mahathir juga menyeru semua pihak agar tidak berpegang kepada fahaman barat yang mementingkan kebebasan dan hak individu serta kumpulan minoriti semata-mata kerana konsep kebebasan ada batasannya.

"Hakikatnya kebebasan mempunyai batasan kerana kepentingan majoriti juga harus dijaga tanpa menekankan keperluan minoriti," katanya. – Bernama

.. Dia kata kat Ahli UMNO yang demo depan PWTC tu ke?

No comments:

Post a Comment