Thursday, January 9, 2014

PM ROSMAH :ITU PUN NAK BISING KER...

Pelajar, ibu bapa demo bantah tambang bas naik



Sekumpulan pelajar dan ibu bapa berhimpun di Bagan Datoh, Perak semalam bagi membantah kenaikan tambang bas yang diumumkan Persatuan Perusahaan Bas Sekolah Hilir Perak minggu lalu.

Laporan Sinar Harian menyebut, ibu bapa dan pelajar dari kawasan Kampung Baru, Kampung Bunga Raya dan juga kawasan ladang sekitar itu antara lainnya mendakwa tertekan dengan “kenaikan tidak munasabah” sehingga RM26 itu.

Laporan itu antara lainnya memetik kenyataan seorang ibu kepada pelajar, M Sudrawali, 42, yang mengaku terperanjat apabila dimaklumkan mengenai kenaikan harga itu oleh pengusaha bas pada minggu lalu.

“engusaha bas sekolah mengenakan bayaran sebanyak RM 44.85 bagi seorang pelajar di kawasan estet berbanding sebelum ini RM 32 sebelum ini. Jelas sekali harga baharu dikenakan pengusaha bas membebankan kami(ibu bapa)," dipetik dari Sinar Harian.

Sudrawali mempersoalkan kenaikan tinggi itu kerana harga bahan api petrol dan disel hanya meningkat 20 sen seliter sejak september lalu.

Seorang lagi ibu pelajar, Sulasih Mokhtar, 42 berkata kenaikan tambang itu juga membebankan beliau yang bergantung kepada pendapatan suami untuk membesarkan tujuh orang anak.

"Apa yang merunsingkan kami, dua anak kami masih bersekolah yang menggunakan khidmat bas sekolah tersebut dan terpaksa membelanjakan RM97.78 setiap bulan dan ianya memberi kesan kepada perbelanjaaan kami.

"Jika pengusaha mahu menaikkan kadar tambang bad, biarlah berpatutan  kerana kami disini berpendapatanm kecil, apatah lagi keluarga saya mempunyai ramai anak-anak yang perlu bersekolah," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Seorang lagi penduduk tempatan, Abu Salleh Sabdin, 47, dalam laporan sama mempersoalkan kenaikan tambang berbeza untuk pelajar dari kampung tertentu.

Beliau memberi contoh, pelajar dari kawasan seperti Kampung Tanah Lalang yang melibatkan perjalanan sejauh 19 kilometer pergi balik kini terpaksa membayar sehingga RM56.97 berbanding RM32 sebelum ini.

Laporan itu turut memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh, Mustafa Saifuddin yang berkata kenaikan dikenakan melebihi daripada 40 peratus dari kadar sebelum kenaikan.

"Saya faham kenikan itu selaras dengan kenaikan harga minyak serta servis perlu dilakukan tetapi jangan naikkan  tambang bas sekolah terlalu tinggi dan drastik," katanya.


dimana menteri umno yang jaga Kementerian dalam negeri berada ni,, kejadian bughah di parlimennya pun tiada apa-apa tindakan ka...

No comments:

Post a Comment