PM KANGKUNG : JOM PAKAT JADI AHLI KORPORAT ....
Dari Kastam DiRaja Malaysia Akan Jadi Kastam Malaysia Berhad...
Kata najib "Kerajaan akan membuat kajian terperinci mengenai kesesuaian pengkorporatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, kajian yang akan dibuat pada tahun ini dijangka mengambil masa tiga hingga empat bulan.
"Kajian menyeluruh akan dibuat selama tiga hingga empat bulan untuk melihat sama ada pengkorporatan itu dapat dilaksanakan atau tidak," katanya.
Kastam kemungkinan akan di korporatkan, agaknya ini nasihat roti jala dan PEMANDU kepada najib, dengan menkorporatkan kastam, maka kerajaan akan mendapat pendapatan lebih lumayan berbanding sekarang...
Kalau pengkorporatan kastam menjadi kenyataan, agak-agak lepas nie apa pulak agensi kerajaan yang akan di korporatkan...? Polis DiRaja Malaysia akan jadi Polis Malaysia Berhad, Tentera Udara DiRaja Malaysia akan jadi Tentera Udara Malaysia Berhad...
No comments:
Post a Comment