DUN KAJANG : ANWAR JADI CALON ???
Selama ini merekalah yang menuduh kerajaan membazirkan wang rakyat, membazirkan wang negara, mengkhianati amanah rakyat dan bla…bla…bla…Jika air liur pemimpin-pemimpin mereka yang tersembur keluar sewaktu berceramah boleh dikumpul, hari ini sudah pasti ianya setinggi Gunung Kinabalu .
Kita semua tahu apa yang terjadi semalam. Adun PKR Kajang meletak jawatan tanpa sebarang sebab. Sedangkan PRU baru berlalu tidak sampai setahun. Sekarang SPR terpaksa menguruskan satu pilihanraya baru di kawasan berkenaan. Apabila hendak uruskan pilihanraya sudah pasti ianya melibatkan wang yang besar.
Apakah itu bukan pembaziran wang rakyat yang kamu laung-laungkan selama ini ?
Apakah meletak jawatan tanpa sebarang sebab dalam masa 9 bulan selepas PRU bukan mengkhianati amanah rakyat ?
Apa yang terjadi di Kajang ini adalah sebahagian daripada permainan politik sesama PKR. Khalid Ibrahim diminta untuk meletak jawatan sebagai MB selewat-lewatnya hari Rabu, 29 Januari 2014. Mereka mencanangkan Anwar mengambil alih jawatan berkenaan dan satu PRK akan diadakan, untuk terus memberi tekanan kepada Khalid. Dengan harapan Khalid akan berundur pada hari Rabu.
Untuk menunjukkan kepada Khalid bahawa cerita-cerita yang tersebar adalah betul dan dalam masa yang sama untuk memberi tekanan kepada Khalid, lalu Adun Kajang dibawa masuk sebagai pelakon utama untuk menjayakan drama politik PKR Selangor.
Ada satu sumber PKR memberitahu saya bahawa PRK akan berlaku di dua tempat di Selangor. Satu di Kajang dan satu lagi di Pelabuhan Klang. Selain meletak jawatan sebagai MB, Khalid juga difahamkan akan meletak jawatan sebagai Adun. Itu kata mereka….
Namun saya merasakan…Khalid tidak akan meletak jawatan sebagai Adun walaupun PKR memecat keahliannya dan beliau tidak boleh menjadi MB lagi.
Di Kajang pula…mereka dan kita turut canangkan bahawa Anwar akan dipilih sebagai calon PKR di sana. Percayalah cakap saya bukan Anwar calon disana. PKR Selangor akan mencalonkan seorang cina yang menjadi ahli majlis sebuah PBT di Selangor dan pernah bertanding di salah satu kerusi Dun di Selangor dalam PRU 2004. Orang itu bukan orang Kajang atau Hulu Langat. Dia datang daripada daerah atau parlimen lain.
Apa yang berlaku antara Shamsul Iskandar dengan Azmin Ali yang berbalas kenyataan media malam tadi, hanyalah lakonan semata-mata. Shamsul diminta buat kenyataan AMK sokong Anwar sebagai calon. Sejam kemudian Azmin pula buat kenyataan media membelasah Shamsul supaya jangan campur hal calon. Semua itu drama… Sedangkan Shamsul, Azmin, Anwar, Saifuddin dan yang satu kem dengan mereka semua sudah sepakat bahawa calon yang saya katakan diatas akan dipilih sebagai calon Dun Kajang.
Apa yang terjadi pada hari ini menunjukkan kepada kita mereka sanggup membuat apa sahaja demi menjayakan permainan politik mereka. Berjuta wang rakyat (pinjam ayat mereka) akan dihabiskan untuk uruskan satu pilihanraya kerana hendak memuaskan politik mereka.
Dalam penggal yang lalu pun kita lihat bagaimana Adun mereka meletak jawatan satu persatu. Bermula daripada Permatang Pauh dan diikuti dengan Dun Bukit Selambau, kemudian dituruti pula dengan Dun Penanti. Nasib baik BN mengambil keputusan bijak dengan tidak bertanding di kerusi Dun Penanti kerana tidak mahu melayan lagi permainan politik mereka. Jika BN terus melayan permainan mereka, maka setiap bulan mereka akan atur Adun atau MP letak jawatan supaya PRK dapat diadakan agar mereka dapat mengekalkan momentum dan kedaaan sentiasa panas.
Untuk kerusi Dun Kajang ini juga adalah lebih baik BN mengambil ketetapan yang sama sebelum ini. Iaitu BN tidak bertanding di kerusi-kerusi yang dikosongkan kerana wakil rakyat letak jawatan. Biarkan mereka dengan permainan politik mereka. Jangan kita jadi tukang sorong bantal kepada orang yang mengantuk. Ataupun jangan kita pula yang menjadi pelengkap permainan mereka.
Jika saya berada di tempat Khalid Ibrahim hari ini, apa yang saya buat adalah dengan memanggil satu sidang Dun tergempar untuk diadakan satu undi sulit dikalangan Adun-Adun samada mahu terus mengekalkan beliau sebagai MB atau menolak beliau. Percayalah, Khalid akan mendapat sokongan majoriti adun untuk dikekalkan sebagai MB. Dan saya yakin Adun-Adun BN juga akan menyokong Khalid.
Jika dulu tanpa majoriti 2/3 di Dun Khalid berani panggil sidang Dun tergembar untuk meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan beliau mempunyai kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri. Sedangkan semua orang tahu tanpa sokongan 2/3 ahli-ahli dewan sesuatu perlembagaan tidak boleh dipinda. Tapi itulah Khalid….gilanya semacam.
Sekarang kita tunggu dan lihat samada dia berani atau tidak buat gila untuk panggil sidang Dun tergempar bagi membolehkan satu undian sulit diadakan samada Adun-Adun Selangor masih menyokong atau menolaknya sebagai MB.
No comments:
Post a Comment