Wednesday, January 29, 2014

MP UMNO/BN : TUN. DR. M PERLI KAMI KER ???

Posted: 29 Jan 2014 03:48 PM PST
KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan senario politik pada masa ini lebih tertumpu untuk merebut kekayaan dan tidak lagi menumpukan kepada tugas sebenar sebagai ahli politik.
  
Bekas perdana menteri berkata berada dalam parti politik bukan untuk mengayakan diri tetapi sebaliknya mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan negara.
  
"Apabila kita semua miskin, kita bersatu padu kerana kita perlu pertahan diri kita. Sekarang ini, negara kita agak lebih kaya daripada dahulu dan kekayaan ini mempengaruhi kita dan masing-masing ingin merebut kekayaan dan tidak lagi menumpukan kepada tugas sebenar sebagai ahli politik dan parti politik.
  
"Kita berada dalam parti politik bukan untuk mengayakan diri tetapi untuk membangunkan negara dan daripada pembangunan itu, kita akan dapat bahagian kita dan pihak lain akan dapat bahagian mereka.
  
"Jika kita guna kuasa politik untuk diri kita, ini salah. Ini bukan tujuan politik sebenarnya, politik adalah berkenaan pentadbiran negara memajukan negara tetapi ada yang mendapat kuasa, salahgunakan kuasa itu untuk kepentingan diri. Ini yang menjadi masalah sekarang," katanya ketika ditemu bual menerusi program Dalam Radar Khas terbitan Bernama Radio24 di sini hari ini.

Menjawab soalan pemanggil mengenai beliau tidak sepatutnya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sebelum mencapai Wawasan 2020, Dr Mahathir  berkata ketika beliau masih menjadi perdana menteri, ramai berpendapat eloklah 'orang tua' ini bersara dan memberi peluang kepada yang muda.
  
"Suara-suara ini semakin lantang, walaupun tidak begitu jelas kepada semua orang tetapi saya sedar bahawa tiap seorang yang duduk terlalu lama di satu jawatan akan dibenci oleh orang lain walau apa pencapaian sekalipun.
  
"Ada yang berpendapat, jika diadakan pertukaran kepimpinan, negara akan menjadi lebih maju sebab itu pada 2004 (pilihan raya umum), kita dapati sokongan rakyat jauh lebih baik (kepada pemimpin Barisan Nasional) daripada kepada saya sendiri," katanya.

1 comment:

  1. dr zaman mahathir dulu pun politik sbb nk kumpul kekayaan

    ReplyDelete