Wednesday, January 1, 2014

MACAI UMNO : PDRM PUN KUTIP INFO TEPI LONGKANG JUGAK RUPENYER ...

Polis Mohon Maaf kerana tertipu dengan gambar sebaran macai UMNO..


Kurang pasti apakah puncanya pihak PDRM kelihatan amat terdesak untuk memburuk-burukkan himpunan 'Turun' sehingga mereka melakukan kesilapan yang memalukan ini.

Pasukan yang punya ribuan penyiasat itu dengan tidak usul periksa dan menyiasat dulu kesahehan gambar yang telah dimuatnaik oleh macai UMNO kelaman Facebook miliknya telah memuatnaik semula gambar tersebut ke laman Facebook milik PDRM.

Menurut macai UMNO kononnya ianya adalah gambar seorang anggota DBKL yang cedera dikepala akibat dilontar batu oleh peserta himpunan 'TURUN'.


Kemudian pihak polis telah menggunakan gambar tersebut untuk dimuatnaik di dalam facebook Polis Diraja Malaysia dengan mendakwa lelaki yang berdarah itu sebagai salah seorang anggotanya.

Bagaimanapun tindakan pihak PDRM itu telah mendapat kecaman banyak pihak dilaman Facebook tersebut.

Menyedari ianya adalah satu kesilapan bilamana pemilik asal atau individu dalam gambar tersebut membuat laporan Polis mengatakan gambarnya telah disalahguna macai UMNO pihak PDRM kemudiannya telah memohon maaf..


Persoalannya sekarang ialah adakah Facebook ini sah dan dikawal oleh anggota PDRM?

Jikalau ia sah pegawai tersebut patut dikenakan tindakan, beliau seharusnya peka dan sensitif dengan suasana politik dan permasalah antara rakyat dan kerajaan masa ini.

Cara beliau memaparkan kisah tersebut seumpama "Mengambil Kesempatan Dari Kesempitan Orang Lain" dan ini amat memalukan PDRM.

Di harapkan PDRM memandang perkara ini dengan serius. Ini adalah soal integriti dan kredibiliti PDRM dan keyakinan RAKYAT terhadap PDRM.

No comments:

Post a Comment