Jangan terkejut tindakan Harussani yang terbaru melabelkan peserta2 TURUN sebagai bughah dan halal darah dibunuh.
Sebelum ini Harussani yang sama telah menyeleweng agama Islam untuk menyokong pembunuhan beramai-ramai di Memali (baca di sini). Dia adalah manusia yang menyokong pembunuhan beramai2 Memali dengan menyeleweng agama.
Jadi, apa nak heran Harussani yang sama menyalahguna agama Islam untuk menyokong UMNO.
Lupakah kita bagaimana Harussani memain peranan menjayakan penipuan UMNO kononnya orang Kristian sedang memurtadkan orang Islam sehingga penipuan itu turut sama dijayakan oleh Dr HAsan Ali serta Kamarulzaman Muhammad (YDP PAS Putraya)
Hakikatnya,Jabatan Statistik sendiri mengesahkan tiada orang Melayu yang menganut agama Kristian di Malaysia.
Harussani ni makan gaji untuk menjayakan propaganda serta penipuan UMNO. Bukan untuk memperjuangkan Islam.
MUFTI PERAK TIADA IJAZAH
Ramai yang tidak tahu bahawa Mufti Harussani Zakaria ni tidak pernah masuk universiti mahupun mendapat apa2 ijazah dalam agama Islam.
Dia tak pernah belajar di Al Azhar, di Jordan mahupun di Yaman.
Beliau hanya lulus Diploma Tinggi dari Kolej Islam Kelang.
Sejurus selepas lulus KIK, Harussani terus menjadi pegawai SB dalam Kementrian Dalam Negeri.
Sila rujuk kepada keratan dari Wiki Harussani Zakaria dalam gambar.
Dengan kata lain, Harussani TIADA KELAYAKAN untuk mengeluarkan fatwa mahupun pendapat dalam agama.
Maka, jangan takut dengan fatwa beliau kononnya peserta TURUN adalah Bughah.
Saya cabar Harussani untuk mengecap Saidina Muawiyyah dan Saidatina Aisyah sebagai Bughah.
Kedua2 Saidina Muawiyyah dan Aisyah adalah sahabat/iah yang dicintai dan disayangi Nabi SAW.
Mereka bukan setakat mengadakan demonstrasi, tetapi mereka telah mengangkat senjata untuk menggulingkan Khalifah Saidina Ali.
Saya cabar Harussani untuk mengecap kedua2 sahabat/iah yang dicintai Nabi SAW sebagai bughah.
Pasal Harussani tiada kelayakan sebab tu dia tak belajar pasal Saidatina Aisyah mahupun Saidina Muawiyyah kot.
Ngaji dia tak habis
Janganlah kita takut untuk menolak fatwa2 songsang dari mufti yang tiada kelayakan seperti Harussani ni
No comments:
Post a Comment