Rakyat di negeri Kedah dijangkakan harus membuat pilihan antara tiga calon yang diperkatakan bakal menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir ini. Pilihan tersebut harus dibuat sekiranya Muhkriz digugurkan dari jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.
Antara muka-muka yang bakal menjadi taruhan rakyat jelapang padi itu adalah Adun Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah; Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin; dan Adun Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini Lapar.
Nama-nama ini sedang hangat diperkatakan sejak usainya sidang media mendesak kepimpinan Mukhriz agar digugurkan. Keputusan mahu menolak pentadbiran anak kepada Mahathir Mohamad itu mendapat kata sepakat daripada majoriti Ketua Bahagian UMNO. Mereka mahu Mukhriz digugurkan dan digantikan dengan calon Meteri Besar yang baru dan lebih amanah.
Berdasarkan tiga pilihan tersebut, pengaruh Ahmad Bashah dan kepimpinannya dilihat lebih layak serta mempunyai tanjak untuk diangkat menjadi Menteri Besar Kedah. Desakan penurunan Mukhriz juga mendapat respon yang baik daripada pihak Istana Kedah.
“Berdasarkan isyarat politik, penukaran Menteri Besar Kedah ini dijangka akan mendapat perkenan Istana Kedah dengan baik dan tertib,” memetik petikan MYKMU.NET.
Jadi adalah tidak mustahil sekiranya pihak Istana Kedah memperkenankan hasrat Ketua Bahagian UMNO yang mahu menukar Meteri Besar Kedah yang sekarang. Ini kerana mereka melihat bahawa individu tersebut sudah tidak lagi mampu untuk memberi kerjasama penuh kepada perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kepercayaan yang ditonjolkan oleh rakyat Kedah kepada Muhkriz juga semakin berkurang dan terhakis ekoran tindakannya yang gelojoh dalam menghentam pentadbiran Najib dan kerajaan pusat. Sokongan padu yang dahulunya menjadi milik Mukhriz kini semakin suram dan luntur.
Dengan adanya calon-calon baharu yang dijangka bakal menggantikan Mukhriz ini, diharapkan dapat membawa kembali sinar bagi rakyat Helang Merah. Walaupun masih terdapat segelintir rakyat Kedah yang masih memberi kepercayaan dan sokongan padu kepadanya, namun itu masih tidak cukup untuk mempertahankan pemimpin yang tidak berwibawa itu. - TiraGomez/UtaraNews.com
No comments:
Post a Comment