IPOH 1 FEB: Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Kenering, Datuk Mohd Tarmizi Idris yang dikatakan melepaskan
tembakan di Kampung Sungai Papan dekat sini, patut diheret kepada Jawatankuasa
Pilihan Khas Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Adun Pasir Pinji, Howard Lee Chuan
How berkata ia berikutan perbuatan itu dilakukannya atas kapasti seorang wakil
rakyat sekaligus mencemar kemuliaan DUN berkenaan, lebih-lebih lagi kes itu
mungkin dikategori sebagai kes jenayah.
“Ketua Siasatan Jenayah Perak, Goh
Kong Liang menyatakan Adun itu disiasat mengikut Seksyen 39 Senjata Api 1960,”
kata Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) itu pada kenyataan media,
semalam.
Balai
Polis Grik enggan menerima laporan, mereka ke Balai Polis
Lenggong dan di balai polis itulah seorang Orang Asli dikenali sebagai Anjang diugut dan dilemparkan kata kesat |
Sebelum ini, beberapa penduduk
kampung membuat laporan di Bahagian Tatatertib di Bukit Aman dibantu Jaringan
Orang Asal Se-Malaysia (JOAS) dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) selepas dinafi
hak membuat laporan di Gerik dan Lenggong
Ia berikutan Adun dari UMNO BN itu
dikatakan melepaskan tembakan ke udara di Kampung Sungai Papan ketika meninjau
projek tangki yang dibina orang Asli dengan sokongan DAP menerusi Projek Impian
Malaysia.
Dalam membela nasib orang Asli itu,
Howard dan Adun Pantai Remis, Wong May Ing turut dipanggil polis bagi memberi
keterangan berhubung kejadian berkenaan.
Howard berkata, perbuatan itu
menimbulkan pelbagai persoalan termasuk pengakuan penduduk sama ada Tarmizi
melepaskan sedas tembakan yang menakut-nakutkan penduduk tanpa sebab
munasabah.
“Apakah sebabnya Tarmizi melepaskan
tembakan dan adakah pemilikan senapang itu mematuhi lunas undang-undang serta
sebahagian hak dan kebebasannya selaku Adun?” katanya.
Tertanya-tanya sama ada Adun itu
terlibat dalam menyekat penduduk dari membuat laporan polis di Gerik dan
Lenggong, beliau turut mempersoal jika Tarmizi sanggup meminta maaf secara umum
kepada mereka, jika dakwaan itu benar.
“Semua persoalan itu wajib dijawab
Tarmizi, bukan sahaja bagi membersihkan namanya tetapi juga demi mempertahankan
maruah dan kemuliaan DUN Perak,” katanya. ~ sumber
Chua Boon Heng : Anggota polis di Lenggong yang membuat ugutan terhadap orang asli Anjang perlu di kenakan tindakan Displin seketat-ketatnya, sebagai CONTOH kepada anggota yang lain. Anggota di Balai polis Grik hendaklah dihantar balik ke Pusat Latihan Polis untuk menjalani kursus semula!!!
Chua Boon Heng : Anggota polis di Lenggong yang membuat ugutan terhadap orang asli Anjang perlu di kenakan tindakan Displin seketat-ketatnya, sebagai CONTOH kepada anggota yang lain. Anggota di Balai polis Grik hendaklah dihantar balik ke Pusat Latihan Polis untuk menjalani kursus semula!!!
No comments:
Post a Comment