Wednesday, January 20, 2016

TERBAIK!! : AKHLAK YANG BAIK WAJIB DI CONTOHI DARI PARTI ISLAM (AMANAH)



Parti Amanah Negara (AMANAH) berpendapat isu pembahagian kerusi pilihan raya antara parti kompinen Pakatan Harapan sepatutnya ditentukan oleh majlis presiden gabungan itu.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, berkata persoalan pembahagian kerusi tidak wajar dibuat secara terbuka hanya akan menampakkan Pakatan Harapan berbalah sesama sendiri.

“Isu dan cadangan seperti ini (pembahagian kerusi) harus diserahkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan kerana ia adalah saluran sepatutnya, bukan dikemukakan secara terbuka dan dibahas melalui media umum," katanya kepada media di Ibu Pejabat PKR di Tropicana di Petaling Jaya Hari ini.

Khalid (gambar) mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Chang Lih Kang yang mencadangkan DAP memberikan separuh daripada kerusi majoriti pengundi Cina ditandinginya kepada AMANAH.
Kata Chang kepada Malaysiakini, sebagai pertukaran DAP boleh bertanding di kerusi pengundi campuran atau majoriti Melayu yang dijangka diperuntukkan kepada parti serpihan PAS itu.

"Ini akan membantu AMANAH mendapatkan sebahagian kerusi yang boleh menang manakala DAP mencapai transformasinya untuk menjadi parti berbilang kaum," katanya.

Kata Adun Teja itu, walaupun DAP mungkin berdepan risiko kehilangan separuh daripada jumlah kerusi yang dimenanginya kini (jika AMANAH kalah dalam semua kerusi yang ditukar itu), namun perkembangan itu dianggap perlu untuk mengubah DAP menjadi sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia.

Khalid berkata, AMANAH faham kenyataan dikeluarkan Chang itu hanya bersifat cadangan namun ia boleh memberi persepsi lain terhadap Pakatan Harapan.

"Kita tak mahu mendapat gambaran kita sedang berbalah.

"Maka cadangan daripada mana-mana parti kepada mana-mana parti pun perlu dibuat melalui Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya.

mk

No comments:

Post a Comment