Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang kesal dengan sikap dwistandard yang diamal institusi dan agensi kerajaan termasuk perundangan di negara ini yang seolah-olah memilih 'bulu' dalam penentuan kes melibatkan pelakuan memfitnah.
Sejak lima dekad berkecimpung di arena politik, katanya pimpinan DAP mahupun parti itu sendiri sering difitnah dengan pelbagai tomahan, antaranya, anti-Melayu dan anti-Islam tetapi tiada tindakan diambil terhadap penyebar fitnah itu.
"Pemimpin DAP dan saya sering menjadi sasaran fitnah oleh musuh politik," katanya merujuk keputusan mahkamah mendenda Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sebanyak RM1,800, kurang RM200 dari jumlah yang boleh menyebabkannya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.
Malah, Kit Siang pada kenyataan media semalam, berkata ramai pemimpin pembangkang sedia mengorbankan dan mempertaruhkan kedudukan sebagai wakil rakyat demi menjamin maruah serta kebajikan rakyat terpelihara.
Sebaliknya, kata Ketua Parlimen DAP itu, berkata pemimpin UMNO tidak menunjukkan contoh sedemikian dan sering pula terlepas daripada perbuatan memfitnah pemimpin pembangkang.
"Ada juga kes pemimpin politik sedia untuk mengorbankan kedudukannya sebagai ahli parlimen dan hak pencen serta dinafikan hak bertanding dan mengundi hanya selepas lima tahun selepas dibebaskan seperti Lim Guan Eng.
"Tiada pemimpin UMNO BN mampu berbuat demikian, sebaliknya mereka tidak ada keraguan langsung untuk menuduh DAP anti-Islam dan anti-Melayu tanpa dikenakan sebarang tindakan jenayah fitnah di mahkamah," katanya.
Pada 1980-an, Guan Eng hilang kelayakan sebagai ahli parlimen, malah dipenjara kerana membela nasib anak gadis Melayu yang menjadi mangsa pemimpin UMNO Melaka.

No comments:
Post a Comment