Tranungkite
Seperti yang wajib
dipercayai oleh umat Islam, utusan Allah S.W.T atau nabi hanya ada 25 sahaja
yakni nabi terakhir adalah Nabi Muhammad S.A.W dan tidak akan ada lagi nabi-nabi
lain selepas Baginda.
Namun, masih ada
lagi golongan manusia yang mengaku sebagai Nabi dan mempunyai jumlah pengikut
yang ramai. Nak tahu siapa mereka ini, jom baca info di bawah..
Lia
Aminuddin. Pengasas agama Salamullah. Mengaku menerima wahyu dari malaikat
Jibril dan menggelar dirinya Nabi dan Rasul serta Imam Mahdi. Dijatuhkan hukuman
3 tahun penjara oleh Mahkamah Agung.
Ahmad Mukti.
Putera kepada Lia Aminuddin dan dianggap sebagai Nabi Isa.
Dedi Mulyana.
Berasal dari Banten dan merupakan ‘nabi' yang berkelakuan aneh. Mengaku
memperoleh wahyu itu dari musyawarahnya dengan jin-jin di laut.
Ahmad
Musaddeq. Juga dikenali dengan nama H. Abdul Salam (lahir di Jakarta pada
1942), mengaku menjadi Nabi pada 23 Julai 2006. Merupakan pemimpin Al-Qiyadah
Al-Islamiyah. Kitab suci mereka adalah Al-Qur'an dengan pemahaman sendiri.
Mengaku telah bertaubat pada 9 November 2007.
Sajah binti
Al-Harits bin Suwaid bin Aqfan at-Tamimiyah. Berasal dari Bani Yarbu (mati
tahun 55 H/675 M). Seorang dukun wanita yang mengaku Nabi di zaman Abu Bakar
ash-Shiddiq dan kemudiannya dinikahi oleh Musailamah al-Kadzdzab. Setelah
Musailamah terbunuh, Sajah melarikan diri ke Iraq kemudian masuk Islam dan mati
dalam keadaan Islam.
Abdullah bin
Muawiyah bin Abdullah bin Ja'far bin Abi Thalib. Penganut fahaman Syiah yang
meyakini proses kelahiran semula. Dia mengaku sebagai Tuhan dan Nabi
sekaligus.
Mirza Ali
Mohammad (abad 19). Pengasas agama Babisme dan penganut Syiah, dihukum mati
oleh pemerintah Iran tahun 1843.
Muhammad Abdur
Razak Abul ‘Ala. Seorang tukang jahit yang mengaku sebagai Nabi. Berasal
dari Kaherah, Mesir.
Muhammad
Bakri. Berasal dari Yaman. Mengaku sebagai nabi namun kemudiannya dibunuh
oleh pengikutnya sendiri, kemudian mayatnya disalib di atas papan
kayu.
Tsurayya
Manqus. Seorang wanita yang amat teliti dan merupakan seorang cendekiawan
dalam bidang sejarah dari Yaman yang mengaku sebagai Nabi.
Amru bin
Luhayyi. Berasal dari Kabilah Khuza'ah. Orang pertama yang mengubah agama
Nabi Ibrahim dan Ismail kearah kesyirikan dan penyembahan berhala.
Musailamah
al-Kadzdzab. Berusia 150 tahun, mati pada tahun 12 H/633 M. Memiliki
penganut seramai 40,000 orang. Mati dibunuh oleh Wahsyi dengan tombaknya pada
zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar Ash-Shiddiq.
Zoroaster.
Berasal dari Parsi, 660-583 SM), kitab suci: Avesta. Mati terbunuh dalam
perang melawan Bactria (Balkh).
Mazdak.
Berasal dari Parsi, 487-523 M, pengasas aliran Mazdakiyah (Serba Boleh dan Semua
Halal), kitab suci mereka adalah Zanda. Telah mati dibunuh.
Al-Aswad
al-Ansi. Riwayat hidup: 11 H/632 M. Turut dikenali sebagai Abhalah bin Ka'ab
bin Auf al-Ansi al-Madzhiji , seorang dukun dari Yaman. Mati dibunuh oleh
Fairuz, kerabat isteri al-Aswad.
Al-Mukhtar bin
Abi Ubaid. Berasal dari Thaif, 622-687 M/67 H, seorang penganut Syiah yang
mengaku Nabi dan mendapat wahyu. Dia adalah saudara ipar kepada Abdullah bin
Umar radhiyallahu ‘anhu. Mati dibunuh oleh Mush'ab bin Az-Zubair di
Harura.
Mirza Husein Ali.
Pengasas agama Bahaisme (pengganti Babisme) dan penganut Syiah. Mengaku Nabi
pada tahun 1862 dan mati pada tahun 1892, kemudian diteruskan oleh anaknya,
Abbas Efendy yang berpusat di Chicago.
Asy-Syaikhah
Manal Wahid Manna. Wanita tersebut mula menyebarkan ajaran sesatnya sejak
tahun 1995. Dia dipenjarakan oleh pihak berkuasa Mesir.
Daishan.
Pengasas ajaran Daishaniyah iaitu satu ajaran dua tuhan di Parsi dari agama
Majusi.
Mirza Ghulam
Ahmad. Berasal dari India, 1835-1908. Pengasas agama Ahmadiyah. Kitab suci
mereka adalah Tadzkirah. Mati akibat terkena wabak penyakit kolera.
Marcion.
Berasal dari Rom, ± 144 M, pengasas gereja Marcionite dan fahaman
Marcionisme.
Mani. Berasal
dari Parsi, ± 242 M, pengasas agama Manichaeisme (al-Maniwiyah). Mati dibunuh,
dikuliti, dan kulitnya diisi jerami dan digantung oleh Bahram.
Sutarmin.
Lelaki yang mengaku nabi ini muncul di lereng Gunung Lawu pada awal tahun
2013.
Ashriyanti
Samuda. Seorang wanita muda yang percaya bahawa dirinya adalah nabi. Untuk
merekrut pengikut, warga Kepulauan Sula, Maluku ini menerbitkan buku yang
dicetaknya sendiri kemudian disebarkan kepada masyarakat tempatan.
No comments:
Post a Comment