Ada berapa ekor
'setan' dimasukkan secara berjemaah kat dlm lembaga tabung ni ??
-------------------------------
Penyata kewangan
Tabung Haji negatif, rugi RM351 juta, kata PKR
PKR mendakwa
sekiranya pendeposit Tabung Haji mengambil kembali simpanan, semua aset Tabung
Haji tidak cukup untuk membayarnya yang bermakna bagi tahun kewangan berakhir 31
Disember 2015, ia akan mengalami kerugian lebih besar.
Penyata Kewangan
Tabung Haji bagi tahun kewangan 31 Disember 2014 yang diaudit menunjukkan rizab
terkumpul negatif iaitu kerugian terkumpul sebanyak RM351 juta, kata Setiausaha
Agung PKR Rafizi Ramli.
Rafizi berkata,
sekiranya pendeposit Tabung Haji mahu mengambil kembali simpanan sebanyak
RM54.358 bilion, semua aset Tabung Haji tidak cukup untuk membayar simpanan
tersebut dan kekurangan dana sebanyak RM351 juta.
"Kedudukan kewangan
ini berlaku sebelum 2015 yang menyaksikan kejatuhan pasaran saham dan nilai mata
wang ringgit yang mendadak.
"Ini bermakna bagi
tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, Tabung Haji akan mengalami kerugian
yang jauh lebih besar," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan, hari
ini.
Tabung Haji semalam
mengesahkan Bank Negara memberi amaran menerusi surat berhubung liabiliti yang
lebih rendah daripada asetnya, tetapi memberi jaminan kepada pendeposit,
simpanan mereka selamat dan penyimpan wang jemaah haji itu tidak berdepan
masalah kewangan.
Pengarah Urusan
Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail berkata,
penilaian Bank Negara tidak mengambil kira akaun portfolio pelaburan seperti
saham anak syarikat atau syarikat bersekutu, serta aset perladangan dan hartanah
yang diduduki.
“Sepanjang tahun
kewangan 2014 dan 2015, nilai keseluruhan aset Tabung Haji adalah lebih tinggi
daripada nilai liabiliti Tabung Haji, di mana ia mengambil kira semua nilai
saksama portfolio pelaburan Tabung Haji,” katanya dalam satu
kenyataan.
Katanya, prestasi
kewangan Tabung Haji berada dalam keadaan baik disokong asetnya yang kukuh
termasuk peratusan mudah tunai yang tinggi dan sebagai contoh, aset tunai saja
pada 31 Disember, 2015 sebanyak RM10.7 bilion.
“Tabung Haji hari
ini memberi jaminan kepada pendepositnya simpanan mereka di Tabung Haji adalah
selamat,” katanya.
Rafizi dalam
kenyataannya bagaimanapun berkata, Tabung Haji tidak mempunyai aset yang
mencukupi untuk membayar kembali simpanan pendeposit sejak tahun kewangan
berakhir 31 Disember, 2014 dan dijangka makin teruk bagi tahun kewangan berakhir
31 Disember, 2015.
"Tabung Haji tidak
mempunyai rizab keuntungan terkumpul untuk membayar bonus kepada pendeposit bagi
tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2015 kecuali ia meminjam wang atau
mencairkan asetnya.
"Ini bukan perkara
kecil dan saya akan terus meneliti perkara lain mengenai prestasi kewangan
Tabung Haji," katanya.
Sebagai permulaan,
katanya, beliau menuntut Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul
Rahim meletak jawatan serta merta di atas kegagalan beliau memastikan prestasi
kewangan Tabung Haji tidak menjejaskan simpanan pendeposit.
-malaysianinsider-
No comments:
Post a Comment