Thursday, January 28, 2016

PAS: Najib,Apandi ibarat ‘badut dan pak pandir’


Negara sedang parah apabila diterajui satu kumpulan barisan kepimpinan yang hanya fikir kepentingan peribadi bukan lagi masa depan negara.
tuan-ibrahim-najib-apandiPETALING JAYA: Kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memulangkan kembali lebihan wang derma RM2.6 bilion sekaligus mengarahkan SPRM menutup kes tersebut ibarat menjerat diri.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan itu menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap Peguam Negara dan Perdana Menteri apabila dua individu tersebut mendapat cercaan dan kutukan orang ramai.
Malah rakyat juga melihat adegan politik yang dilakukan dua watak ini ibarat seperti 'badut dan pak pandir'.
"Rakyat melihat adegan politik ini dengan dua watak di mana seorang bersikap seolah-olah macam badut manakala seorang lagi seperti Pak Pandir yang sedang cuba membuat rakyat merasa bodoh dan ketawa. Inilah keadaan sebenar negara yang amat menyayat hati semua," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tidak cukup dengan itu, Tuan Ibrahim berkata keadaan negara agak parah apabila diterajui satu kumpulan barisan kepimpinan yang hanya fikir kepentingan peribadi bukan lagi masa depan negara.
"Tiada satu rakyat Malaysia yang berfikiran waras yang merasa bangga tentang kehebatan Perdana Menteri mendapat derma RM2.6 bilion. Kesemua mereka merasa mual dan jijik dengan apa yang berlaku.
"Kepada para pemimpin UMNO, tak marah ke, kalau dana yang sepatutnya digunakan untuk UMNO, dipulangkan? Berapa kerat pemimpin dalam UMNO yang tahu duit ini pernah datang dan kemudian dipulangkan? Bayangkan kalau baki RM2 bilion dibawa bincang di dalam UMNO, apakah anda percaya ada siapa-siapa di dalam UMNO yang sudi wang itu dikembalikan?," soalnya.

No comments:

Post a Comment