Wednesday, January 20, 2016

PANAS!! : PAS KELANTAN DAH MULA RASA GOYANG DENGAN PARTI ISLAM (AMANAH)


 Parti Amanah Negara

KOTA BHARU – Pas Kelantan menyifatkan tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) mengheret pemimpin PKR dalam program anjurannya di sini sebagai usaha memecahbelahkan kerajaan Islam di negeri ini.

 Setiausaha Pas Negeri, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi berkata, ini kerana, PKR adalah rakan tahaluf siyasi Pas dalam bersama-sama membentuk kerajaan di negeri ini.

“Apa yang dibuat Amanah itu adalah bertujuan meruntuhkan kerajaan Islam di Kelantan. Jadi, kita rasa tidak munasabah untuk PKR berada bersama parti itu. Pas melahirkan rasa dukacita terhadap penyertaan tersebut,” katanya.

Beliau ditemui di Majlis Menandatangani Perjanjian Usaha sama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bersama Jalur Saujana Sdn Bhd dan ICT Incubator Centre Sdn Bhd, di Kompleks Kota Darul Naim, di sini.

Terdahulu, beliau diminta mengulas mengenai tindakan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang menghadiri tiga program anjuran Amanah di negeri ini.

Dalam masa yang sama, Che Abdullah turut mempersoalkan, bagaimana surat teguran kepada pimpinan PKR tersebut boleh didedahkan kepada media.

“Bagaimana boleh terlepas kepada media, itu kita tidak tahu. Bagaimanapun, kita akan sentiasa memaklumkan kepada Pas Pusat perkembangan hubungan ini supaya Pas Pusat dapat buat keputusan.

 “Di negeri (Kelantan), kita ikut saja. Cuma kita rasa dukacita suasana itu boleh berlaku,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Che Abdullah yang juga Adun Wakaf Bharu turut memberitahu, pihaknya sentiasa memantau ahli-ahlinya supaya tidak terlibat dengan perkara tersebut.

Sehingga kini, menurutnya, tiada sebarang tindakan disiplin diambil melibatkan pimpinan Pas negeri ini.
sh

No comments:

Post a Comment