Thursday, January 28, 2016

Ketiadaan Nik Aziz antara punca PR berpecah kata Nik Abduh


Tiada orang tua yang benar-benar dihormati bila Nik Aziz tiada, dan akhirnya semua komponen PR membawa diri.
nik-mohd_nik-aziz_pakatan_600
PETALING JAYA: Ketiadaan bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik antara punca berlaku perpecahan Pakatan Rakyat (PR).
Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata demikian merujuk kepada anggapan yang dibuat sesetengah pihak susulan terkuburnya PR.
Katanya, kehilangan Allahyarham Nik Aziz nyata meninggalkan kesan kepada politik negara ini, dimana seluruh rakyat Malaysia menganggap beliau seorang 'ayah' yang dapat menyatukan semua pihak walaupun berbeza ideologi.
"Ketiadaan almarhum ayahanda (Nik Aziz) amat-amat dirasai oleh dunia politik, (seperti) yang disebut sesetengah pihak mungkin menjadi faktor antara punca perpecahan dalam Pakatan Rakyat.
"Tiada orang tua yang benar-benar dihormati bila dia (Nik Aziz) tiada. Masing-masing membawa diri parti-parti politik dan tiada kekuatan hingga hari ini yang mampu menyatukan,"katanya semasa sesi soal jawab di majlis minum petang rakan media anjuran Dewan Pemuda PAS, di sini, hari ini.
Walaubagaimanapun, Nik Abduh berkata perjuangan mesti diteruskan dan kita tidak boleh tenggelam mengenang mereka yang sudah tiada.
"Tetapi kita tahu bahwa politik ini perlu diteruskan dengan siapa yang ada kita tidak boleh mengenangkan Tun M di zaman Najib, Kerana kita adalah kita hari ini dan kita selesaikan bersama. Jangan menanti yang telah pergi," katanya.
Allahyarham Nik Abdul Aziz, 84, menghembuskan nafas terakhir pada 12 Februari 2015 lalu, di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

No comments:

Post a Comment