Diawal permulaan pergolakan politik negeri Kedah hari tu.. ada sorang tu dari parti mana tah.. minta Mukhriz bubarkan DUN..
Mungkin dia yakin pembangkang akan merampas Kedah dari UMNO/BN agaknya.. aku yakin dia bercakap tu tak tengok kiri kanan..
Bercakap tanpa melihat senario politik semasa.. main balun saja bak kata orang Utara..
Apa yang pasti ialah samada DUN dibubarkan ataupun Najib umumkan Parlimen dibubarkan.. Kedah akan kekal dikuasai UMNO/BN selagi pembangkang bercakaran..
Bukan saja Kedah kekal malah banyak DUN-DUN yang dikuasai oleh pembangkang mungkin akan terlepas ketangan UMNO/BN..
Bukan Kedah saja.. kalau senario politik sekarang iaitu pembangkang berterusan bercakaran banyak Kerusi-kerusi DUN dan Parlimen akan kembali ketangan UMNO/BN..
Terutama sekali DUN-DUN dan Parlimen yang dimenangi dengan majoriti 2,000 atau lebih sikit..
Jadi... matlamat nak ke Putrajaya tu bolehlah keep on dreaming macam orang kampung aku kata..
Mahfuz pun kata macam tu jugak.. baca ni..
PETALING JAYA: Pembangkang tidak mungkin berjaya menawan kembali Kedah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang walaupun UMNO mengalami krisis pemilihan Menteri Besar yang teruk.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekiranya semua parti pembangkang gagal bersatu sebelum PRU akan datang, impian untuk merampas kerajaan Kedah daripada BN hanya sia-sia.
“Peluang pembangkang (perampas Kerajaan Kedah dari BN) itu bergantung kepada kebijaksanaan pembangkang dari segi penyatuan, jika mereka tidak bersatu saya tidak nampak akan ada peluang yang baik untuk pembangkang (menang).
“Sebab saya lebih melihat kepada bagaimana penyatuan dikalangan parti pembangkang itu. Sekiranya mereka boleh bersatu peluang untuk menawan kembali Kedah dari BN agak cerah,” katanya.
Dalam pada itu, bekas ketua penerangan PAS itu turut mengulas isu pertukaran Menteri Besar Kedah pimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dilihat semakin parah.
“Apakah rasionalnya menukar Menteri Besar Kedah (sekarang). Bagi saya tidak ada manfaat kepada rakyat apabila ada perubahan Menteri Besar.
“Menteri Besar bukan punca kepada masalah yang dihadapi rakyat, tetapi penyumbang yang lebih besar ialah kelemahan dan kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menguruskan negara hari ini.
“Bagi saya terus kekalkan Menteri Besar. Tidak ada masalah. Saya berpolitik secara rasional, saya boleh terima untuk Menteri Besar ditukar kalau dia (Mukhriz) ada kesalahan besar, tetapi saya tidak nampak salah besar yang dilakukan Mukhriz sehingga Najib nak buat pertukaran,” katanya ~ Free Malaysia Today
No comments:
Post a Comment