ALOR SETAR - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan keputusan Umno Kedah yang diumumkan secara konsensus melibatkan semua Adun dan Ahli Parlimen Kedah menyatakan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dibuat atas dasar kepentingan parti.
“Saya yakin tiada sebarang agenda peribadi mana-mana wakil rakyat dalam mencapai keputusan itu. Apa yang berlaku bukan atas sebab kepentingan individu atau peribadi, tetapi demi kepentingan parti di Kedah,” katanya, yang kini berada di luar negara atas urusan rasmi.
Menurut bekas Menteri Besar Kedah itu, Umno Kedah tampil menyuarakan pandangan itu secara bersama selepas persetujuan dicapai, semata-mata demi kelangsungan Umno Kedah dan rakyat Kedah.
Ahli Parlimen Padang Terap yang juga Ketua Umno Bahagian itu turut meminta pertimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya segera menyelesaikan kemelut itu.
No comments:
Post a Comment