Tuesday, April 14, 2015

TUN DR. M TIDAK KESEORANGAN ...

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang beliau keseorangan mendapat perhatian dua artis tersohor tempatan untuk menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri.
siti_600PETALING JAYA: Selain pemimpin politik, dua artis tersohor tempatan turut menyatakan sokongan kepada bekas Perdana, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Artis wanita terkaya di Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza di akaun Instagram menulis, beliau menyayangi dan akan sentiasa bersama menyokong Dr Mahathir untuk selamanya.
"Love u Tun & sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran &dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi.
"Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua .. #sayaanakMalaysia #sebak," tulis penyanyi yang popular dengan lagu Cindai.
Sejak dimuat naik tujuh jam lalu, gambar dan status isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa tersebut telah disukai lebih 14 ribu pengguna lain.
Pelakon terkenal , Rozita Che Wan atau popular Che Ta turut menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir di akaun Instagram.
"Tun tidak keseorangan..kami sentiasa teguh di belakang….," tulis Rozita.

No comments:

Post a Comment