Monday, April 13, 2015

PM 1 MDB : ALAMAK, MUKHRIZ ANGKAT GENG LA PULOK ...

Panglima-panglima Mukhriz mula bersuara pertahankannya

ADUN: Gesaan Mukhriz undur bersifat peribadi

Desakan supaya Datuk Seri Mukhriz Mahathir berundur sebagai menteri besar Kedah tidak mewakili pendirian wakil-wakil rakyat di Kedah, kata ADUN Kota Siputeh.

Datuk Abu Hassan Sharif juga berkata gesaan dilontarkan oleh ADUN Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin tidak adil kerana persetujuan untuk mengeluarkan pendirian bersama pada 24 April telah dibuat.

"Semua bersetuju, dah sepakat termasuk Ahmad Lebai Sudin, pada 24 April (keluar kenyataan rasmi),” kata Abu Hassan kepada Malaysiakini.

Beliau juga merasakan gesaan terbuka Ahmad Lebai itu tidak sesuai.
"Sepanjang 20 tahun saya menjadi wakil rakyat (Umno), tidak pernah ada kumpulan wakil rakyat yang boleh mendesak atau bertindak MB letak jawatan.
“(Tindakan) ini tidak sesuai," katanya petang semalam.

Ahmad Lebai membuat amaran itu jika Mukhriz gagal menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sedang berdepan asakan paling keras bapanya Tun Dr Mahahthir Mohamad, yang juga perdana menteri keempat.

'Terlalu ghairah'

Sebagai reaksi, Mukhriz menyifatkan bekas ketua bahagian Umno Pokok Sena itu sebagai "terlalu ghairah" mengeluarkan kenyataan.

Umno Kedah dan semua kepimpinan bahagian dan wakil rakyat negeri pada Ahad memutuskan akan bertemu sekali lagi pada 24 April bagi membincang dan mengeluarkan pendirian rasmi mengenai perkara itu.

Kedah antara negeri yang paling banyak terkesan dengan pentadbiran 22 tahun Mahathir sebelum ini, memandangkan ia negeri kelahiran veteran Umno itu.

Ketegangan dalam Umno tercetus selepas Mahathir melancarkan pelbagai serangan dalam pelbagai isu, antaranya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan kontroversi 1Malaysia Developement Bhd (1MDB).

Mukhriz kini dilihat berdepan dilema besar, lebih-lebih lagi apabila pemimpin kanan Umno seperti Datuk Seri Hishammuddin Hussein secara terbuka menuntut kesetiaannya ketika Najib yang berdepan ujian paling getirnya..

Sementara itu, Abu Hasan juga mengingatkan semua pihak berhenti mengeluarkan kenyataan yang tidak menguntungkan parti seperti didakwa dilakukan Ahmad Lebai menjelang pendirian muktamad 24 April ini.

"Saya ingat semua wajib hormati menteri besar akan keluar kenyataan pada 24 April dipersetujui daripada semua ketua bahagian dan wakil rakyat," katanya.

No comments:

Post a Comment