Friday, April 3, 2015

GST : TAN SRI MENATANG, TAK BELA RAKYAT ...

"Tan Sri menatey apo kalu tokleh nk belo rakyat?".. luah seorang rakyat buat seorang Tan Sri


Tujuannya hanyalah untuk memberi penerangan kepada rakyat marhaen tentang perlaksanaan GST yang telah menumbulkan rasa tak puas hati rakyat kebanyakkan..

Rakyat kebanyakkan tu maksudnya bukanlah 47% yang mengundi Barisan Nasional pada PRU13 yang lalu.. mereka gembira sebab mereka dikecualikan dari GST..

Jadi bagi melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin UMNO, Tan Sri Anuar Musa menerangkan kebaikkan GST dalam laman Facebook miliknya..

Berikut adalah apa yang disiarkannya panjang berjela..

Assalamualaikum WBT & salam sejahtera.  
Akhirnya, terlaksana juga sistem cukai barangan & perkhidmatan (GST) mulai hari ini, 1 April 2015.  
Pelbagai komen & reaksi orang ramai. Ada juga yang masih mempolitikkan isu ini. Izinkan saya memberikan sedikit pengamatan / pencerahan :  
1) GST 6% ini menggantikan cukai jualan 10% & cukai perkhidmatan 6%. Ia bukan cukai tambahan.  
2) Kadar 6% yang dikenakan adalah yang terendah di ASEAN dan antara yang terendah di dunia. Sebagai contoh, kadar di Singapura 7%, Thailand 7%, Indonesia 10%, Vietnam 10%, Filipina 12%. Di Australia 10% dan di UK jauh lebih tinggi iaitu 20% .  
3) Untuk mengurangkan kesan kenaikan harga barang kepada rakyat, Kerajaan telah memperluaskan senarai barangan asas yang dikenakan kadar sifar atau terkecuali dari GST. Ini termasuk barangan makanan asas seperti beras, gula, minyak masak, ayam, daging, ikan & sebagainya, ubat-ubatan, buku-buku dan minyak petrol RON95 & Diesel.  
Berdasarkan pengiraan Kementerian Kewangan, kesan GST terhadap kadar inflasi adalah peningkatan sebanyak1.1%. Memandangkan kadar inflasi sekarang adalah pada kadar 1-2%, purata kadar inflasi untuk tahun 2015 dijangka sekitar 3%, satu kadar berpatutan & antara kadar terendah di rantau ini.  
4) Tidak semua harga barang & perkhidmatan akan naik. Ada juga yang turun seperti harga kereta yang turun 2-3%. Proton menurunkan harga sehingga RM1,475 seunit manakala Honda antara RM500 hingga RM2,500 seunit.  
5) Semasa pelaksanaan GST diumumkan dalam Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013, Kerajaan juga telah mengumumkan langkah 'pengimbangan' seperti pengurangan cukai pendapatan individu antara 1-3%, pengurangan cukai pendapatan korporat dari 25% kepada 24% dan pengurangan cukai perusahaan kecil & sederhana dari 20% kepada 19%.  
Pemberian BR1M isirumah berpendapatan RM3,000 kebawah sebulan juga ditingkatkan dari RM500 ke RM650 manakala isirumah berpendapatan RM3,000-4,000 sebulan mula diberikan BR1M RM450 buat pertama kali. Seterusnya dalam Bajet 2015, jumlah BR1M telah dinaikkan masing-masing kepada kepada RM950 & RM750 . Untuk individu bujang berpendapatan RM2,000 kebawah pula, BR1M dinaikkan kepada RM350. Ini semua bertujuan untuk meringankan impak kenaikan harga barang.  
6) Ada peniaga yang merungut tidak diberikan masa yang cukup untuk membuat persediaan GST. Sebenarnya masa 17 bulan yang diberikan adalah munasabah & mencukupi. Mereka yang masih tidak bersedia kebanyakannya berlengah pada peringkat permulaan. Ada juga yang sengaja mengharapkan agar GST tidak dilaksanakan kerana dengan adanya GST, adalah lebih sukar untuk mengelak dari membayar cukai pendapatan.  
7) Seperti dalam mana-mana pelaksanaan sistem baru, memang akan terdapat isu-isu pelaksanaan (teething problems) di peringkat awal. Untuk itu, Kerajaan telah mewujudkan GST hotline Jabatan Kastam1300888500 dan KPDNKK 1300886800. Kunjungi laman sesawang gst.customs.gov.my untuk maklumat lanjut.  
8) Tujuan asal pelaksanaan GST adalah untuk memperluaskan asas percukaian negara memandangkan kita hanya ada 2 juta pembayar cukai, satu jumlah yang kecil berbanding jumlah rakyat Malaysia seramai 28 juta. GST adalah cukai penggunaan (consumption or indirect tax)dimana mereka yang berbelanja lebih adalah dari kalangan mereka yang berpendapatan lebih. Ini juga selaras dengan langkah konsolidasi fiskal yang mensasarkan bajet seimbang menjelang 2020.  
Dengan peningkatan pendapatan Kerajaan, kita bukan sahaja dapat mengurangkan defisit fiskal kita malah dapat melaksanakan banyak projek pembangunan yang tertangguh sebelum ini seperti pembinaan jalanraya, jambatan, sekolah, hospital, klinik desa, dll. 
Marilah kita sama-sama menjayakan sistem percukaian yang baru ini.  
Memang tiada sistem yang sempurna (perfect). Pasti ada kelemahannya. Walau apapun, niat kita murni. InsyaAllah apa yang dihasratkan akan tercapai.  
Maaf pencerahan ini panjang sedikit.  
Harap ia membantu. Terima kasih.

Kita tahu ramai yang melahirkan rasa kecewa dengan pentadbiran Najib kerana perlaksanaan GST ini..

Sebagaimana panjang berjela penjelasan dari Tan Sri Musa itu... panjang berjelalah juga komen yang diterimanya..

Berikut adalah komen individu yang menggunakan nama Hagimaru Maruko Chandalam laman Facebook Anuar Musa ..

Tan Sri menatey apo kalu tokleh nk belo rakyat? Wat kejadoh apo dale Parlimen puok2 MP nih kalu xleh nk bahas usul di Parlimen? Tgk feedback rakyat la gilo.! Dale paper, dale facebook, twitter, email kpd putrajaya.. Feedback 99% tok setuju GST di implement lagi buat waktu ni. Menatey apo puok mung nih? 
Tan Sri/ Dato Seri/ Tun/Dato Datin tuh pangkat kah blako, hakikat puok mung nih manusio bodo jah.! UMNO sdiri pun ramai ahli miskin papo kedano.! Puok mung majoriti dale Parlimen, tapi xleh nk bahas usul nih. Tgk jurang antara pendapatan & perbelanjaan la dlu gilo.!! 
Gaji minima RM3.60 paling rendoh di dunio dale ranking negaro2 laksana GST. Duk kiro nga UK Australia, demo tu takpo la GST 10% sbb gaji minima dio AUD$15 per hour. Bersamaan RM45-50 sejam kijo! Bukey RM3.60 serupo hok Tan Sri bakul sapoh buat perbandingan tuh.! 
Otok ado otok? Ko takdok? Maah la kurey ajar nih. Puok2 mung nih tggu mapuh belako baru aman Malaysia. Nati puok mung mati,aku nk gi tabur duit atah kubur.. Tggu.! 
Mohon Tan Sri baco pah komen deh. Nk komen kure ajar jgk pun takpo mugo aku hok start dulu..

Tan Sri nk kecek pasal ekonomi ko pasal gapo2 ko dipersilakan. Ambo laye belako. Nk tgk jgk otok Tan Sri ni balance ko dok antara logik dan tak logik. Ado otok bakali, cumo tak balance jah dok? Gilo taksub UMNO telajok sapa nasib rakyat Ketereh di perjudikan. Tan Sri dale parlimen mewakili rakyat Kok Lanas Ketereh Kadok, malah Kelate amnya. Tan Sri tokleh ko bangun buwi ucapan n bahas usul GST dgn fakta bahawasanya rakyat Kelate ramai miskin.! 
Tv suratkhabar pun oyak sokmo rakyat Kelate miskin. Pahtu? Babi apo gi sokong GSt nyo gilo?

MP negeri lain tu biarlah mugo bodo sokmo. Harap ko PR jah bangkang, puok2 UMNO pun keno bangkang jgk bendo2 zalim gini.

So lagi, jange buat comparison dgn Australia. Ambo duk australia 4tahun doh Tan Sri. Duk bayar GST 10% selamo ni ambo relo sbb apo? Sbb australia ni bukan negaro Islam, ikut dio lah nk wat cukai pun. Ambo bayar atas dasar ambo kijo dale negaro dio, keno taat kpd pemerintah walau bukan Islam. Bezo dgn negaro Islam, tokleh kenakan cukai kpd org miskin. Terkecuali cukai tanah cukai kedai/perniagaan pendek kato cukai utk org kayo2 srupo Tan Sri je la buleh.! 
Australia implement GST 10%, tgk fakta berkenaan Australia deh: pahtu baru pikir la nk wat comparison tuh. 
Australia negaro paling tinggi menetapkan gaji minima iaitu sebanyak $15 per hour (gaji minima paling mahal di dunio). 
Australia memberikan pendidikan percuma kpd citizen n PR. Sehingga ke peringkat PhD.

Elaun PR n citizen sehingga $2000 sebulan

Elaun anok2 
Elaun jobless(penganggur) pun buleh pitih.! 
Highway percuma tak terhitung byk dio. Highway berbayar pun paling mahal $6 jah
Freeway menghubung antara negeri ke negeri lain FREE! Rakyat bleh pilih ado 6 highway percuma kalu nk gi KL dari KB (contoh), kito? Jale rayo ado so jah. Masuk Karak keno tol puluh2 riyal. Bodo dok?

Elaun org tuo
Pensioners xperlu risau masa tua terjamin
Kuli batok pun pakai Honda Type R, cleaner pakai skyline, postman pakai Audi Malaysia? Cleaner jale kaki.!

Public transport no.1 di dunio! Tram percuma (LRT percuma dlm bandaraya melbourne)
Train muroh Flight muroh Bus muroh 
Harga kereta 10kali ganda lagi muroh berbanding Malaysia, even harga keto Proton pun muroh di Australia lagi. Tan Sri nok bahas isu proton dok? Mari ah.

Tahap keselamatan dlm negaro no.1 di dunia. Malaysia? Ragut rogol rompak samun bunuh hari2 masuk tv.! Jenayah tinggi, lagi mau wat GST, org miskin makin miskin, perkadaran jenayah akan meningkat, logik la kalu pahni kes samun 100kes sehari. Sbb rakyat lapar la gilooo.!! Gaji sikit, beban banyok.! Ekonomi mcm tahik tp cukai kiri kanan keno.! Bodo la puok mung nih duk wat babi apo dale Parlimen eh? Pikir nasib rakyat ko pikir pitih poket puok mung jah? 
Tan Sri, just one word from me. Honestly...

BODO!

Hmm... bernas sekali hujahnya... siap dengan maki hamun lagi..

Pinjam ayat Dr. M.. "Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan."

Jadi.. tak salah kalau rakyat marah.. 

No comments:

Post a Comment