Sunday, April 19, 2015

PM NAJIB : NASIHAT TUN DR. M SANGAT PEDIH ...

Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan serangan ke atas Datuk Seri Najib Razak hari ini dengan mendakwa sokongan yang diberikan kepada perdana menteri itu adalah tidak benar. Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat tersebut menyindir Najib dengan membandingkan antara sokongan yang diterimanya daripada orang ramai semasa membuat keputusan untuk berundur pada 2003 dengan sokongan yang diterima Najib kini.

"Apabila seseorang merasakan beliau tidak lagi menerima sokongan, lebih baik beliau pergi (lepas jawatan)," kata Dr Mahathir semasa ditemui wartawan selepas forum anti peperangan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, pagi ini.

"Saya berundur, walaupun saya memiliki sokongan, tapi itu disebabkan saya menjadi perdana menteri terlalu lama. "Tetapi, apabila rakyat menyatakan mereka tidak gembira, anda perlu respons, jangan hanya fikir diri sendiri, tetapi fikirkan rakyat yang anda pimpin, mereka yang di belakang anda.

"Apabila mereka tiada lagi, anda bukan lagi seorang pemimpin," katanya. Katanya, pendiriannya supaya Najib berundur dikongsi ramai orang kerana ia demi Umno dan kebaikan negara.

No comments:

Post a Comment