Sunday, April 19, 2015

SOKONGAN KETUA UMNO BAHAGIAN HANYA PLASTIK ???

oleh Ahmad Mustapha Hassan

Persembahan yang ditunjukkan dalam Umno Baru sekarang dengan perjumpaan daripada pelbagai seksyen parti bukanlah sesuatu yang ikhlas daripada mereka yang mengambil bahagian. Orang-orang Umno tidaklah risaukan mengenai Najib tetapi lebih berminat untuk survival politik mereka sendiri.

Jadi ramai daripada ahli Umno Baru bergantung kepada Najib terhadap segala sifar murah hati yang mereka dapat dan dengan Najib tiada di situ, nasib kewangan mereka turut tergendala. Umno Baru hanyalah berpaksikan wang ringgit. Itu adalah darah daging mereka.

Najib tahu mengenai ini dan inilah sebab utama kenapa beliau tidak peduli tentang kritikan walaupun daripada pendahulu beliau yang bertanggungjawab meletakkan beliau sebagai perdana menteri. Ini menunjukkan solidariti daripada beberapa golongan adalah tidak pernah berlaku sebelum ini kerana tiada sebarang ancaman luar parti dan juga tidak berhadapan dengan pilihan raya umum setakat ini.

Tetapi sokongan yang ditunjukkan yang hampir mencapai lapangan histeria menunjukkan terdesaknya ahli parti tentang nasib mereka sendiri jika berlakunya perubahan kepimpinan. Inilah situasi dalam Umno Baru sekarang.

Masa depan setiap ahli yang berkenaan bergantung kepada pemimpin sekarang. Ianya mengenai kepentingan mereka sendiri dan kepentingan mereka ini bergantung kepada mereka yang membuatkan mereka perlu memastikan pemimpin sekarang terus berkuasa.

Malahan penyokong di luar Umno Baru juga terutamanya parti sekutu tahu yang tanpa Najib, posisi mereka sekarang dalam kerajaan mungkin akan tamat. Inilah apa yang telah berlaku kepada parti kerajaan sekarang. Slogan seperti "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" lebih kepada gimik politik.

No comments:

Post a Comment