Sunday, April 12, 2015

MAT MASLAN : BUDAK UITM CERDIK LEBIH DARI AKU ...

 
Pelajar UiTM menggunakan peluang soal jawab dengan Ahmad Maslan untuk menanyakan beberapa soalan tentang isu pembaziran oleh kerajaan. 


uitm maslan



SHAH ALAM : Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan "diserang" pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang tidak puas hati dengan pendekatan kerajaan menanggani isu ekonomi negara.

Mereka yang menghadiri program soal jawab "Sesi Penerangan GST, Bajet dan Isu-isu Semasa" yang diadakan pada Sabtu, tampil membangkitkan soalan demi soalan kepada  beliau,  termasuk isu pembelian pesawat rasmi baharu kerajaan.

Pelajar berkenaan mempersoalkan kewajaran kerajaan membeli pesawat  itu  yang dianggap tidak wajar di mana ia dubuat  ketika rakyat menghadapi kesulitan akibat kos sara diri yang semakin meningkat.

Ahmad menyatakan jet tersebut dibeli untuk kegunaan hal-ehwal berkaitan kerajaan dan ia bukan satu pembaziran.

Beliau juga menekankan keputtusan itu dibuat bagi menjimatkan perbelanjaan kerana kos  penyelenggaraannya pesawat sedia yang tinggi.

"Jet yang ada ketika ini kerap kali rosak dan kos penyelenggaraannya terlampau tinggi jika dibandingkan dengan kos membeli sebuah jet yang baharu.

"Keputusan untuk membeli jet baharu diambil selepas menilai kos, kelebihannya dan harga yang ditawarkan.

"Hanya selepas itu keputusan dibuat untuk membeli jet yang baharu untuk kegunaan Yang Di-Pertuan Agung, Sultan-Sultan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," tegasnya.

Ahmad menegaskan dakwaan yang mengatakan jet itu milik Najib adalah tidak benar.

Beliau juga menepis kenyataan seorang pelajar bahawa kerajaan melaksanakan GST ketika keadaan ekonomi kurang baik.

Ahmad menjelaskan beberapa fakta termasuk pertumbuhan ekonomi negara pada suku pertama tahun ini berada pada kadar positif iaitu lingkungan 4.5 hingga 5.5 peratus .

"Ekonomi Malaysia stabil dengan kadar pertumbuhan positif iaitu 4.5 hingga 5.5 peratus untuk suku pertama tahun ini dan ia adalah satu kadar yang bagus," katanya.

Ahmad Maslan menambah, keadaan ekonomi negara juga mempunyai asas yang kuat dan kadar inflasi masih lagi terkawal iaitu tiga hingga empat peratus serta kadar pengangguran masih dalam guna tenaga penuh 2.8 hingga tiga peratus.

"Hutang kerajaan Persekutuan masih lagi terkawal iaitu pada 54.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding kebanyakan negara lain yang mana hutang kerajaan naik seratus peratus, termasuk Singapura.

Beliau berkata, walaupun hutang luar negara agak tinggi kebelakangan ini tetapi 40 peratus daripada hutang itu tidak ada kaitan dengan rakyat Malaysia kerana ia hutang permastautin tidak tetap.

Penjelasan lanjut Ahmad itu tidak berjaya memuaskan hati pelajar apabila rata-rata mereka berpendapat timbalan menteri itu gagal menjawab soalan dengan baik.

No comments:

Post a Comment